`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 13, 2013

AMK Telok Kemang mahu Chegu Bard


AMK akan protes jika penyandang kerusi Telok Kemang dicalonkan lagi
TELOK KEMANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang mendesak kepimpinan parti mencalonkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegu Bard, di kerusi parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Sebaliknya mereka juga menolak penyandang kawasan parlimen itu, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Timbalan Ketua AMK Telok Kemang, M Shanmugam berkata AMK Telok Kemang mahukan Chegu Bard sebagai calon di Telok Kemang.
“Jika Chegu Bard dicalonkan di Telok Kemang kami akan melakukan gerak kerja gempur pilihan raya bagi memastikan kemenangan.
“Seandainya keputusan kepimpinan PKR pusat masih memihak kepada Datuk Kamarul, kami akan melakukan protes.
“Walaubagaimanapun jenis protes yang ingin dilakukan belum diputuskan dan masih dalam kajian kami.
“Ini bukan bermakna AMK dan PKR mempunyai masalah dalaman. Kami mempunyai data yang baik berkaitan gerak kerja Datuk Kamarul, tetapi respon rakyat masih berada pada tahap membimbangkan.
“Ini menjadi penanda aras bahawa peluang mengekalkan parlimen Telok Kemang adalah tipis jika Datuk Kamarul dicalonkan semula,” kata Shanmugam.
Shanmugam berkata AMK Telok Kemang terpaksa bertindak demikian kerana mahu menjamin kemenangan calon PKR dan dapat mengekalkan kedudukan di parlimen Telok Kemang selain dari kerusi DUN Port Dickson dan Chuah, serta membantu DAP mengekalkan DUN Lukut.
“AMK Telok Kemang mahu pemimpin pusat memberi laluan kepada semua calon pilihan cabang yang akan bertanding dalam PRU-13 nanti dan bertegas untuk menolak mana-mana calon selain pilihan Cabang Telok Kemang,” katanya.
Pada sidang media yang sama AMK Telok Kemang mencadangkan penyandang DUN Port Dickson, M Ravi kekal bertanding di DUN Port Dickson; Timbalan Ketua Cabang PKR Telok Kemang, Rusli Abdullah di DUN Linggi dan Penyelaras Bilik Gerakan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Tanah Merah, Michael Diew Yek bertanding di DUN Chuah.
Apabila di hubungi FMT, Kamarul Baharin mengulas bahawa tindakan AMK Telok Kemang membawa isu ini ke media adalah berniat jahat.
“Sekiranya mereka tidak puas hati dengan apa-apa perkara, seharusnya mereka utarakan isu itu mengikut saluran yang betul iaitu kepada pucuk pimpinan parti dan bukannya menghebahkan di dalam media,” ujar Kamarul Baharin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.