`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 13, 2013

Apa punya terok kementerian sampai nak jemput MB KEDAH pun depa larang..!!!


Larang jemput MB Kedah, kaum Cina marah 
Oleh AZAMIN AMIN

SUNGAI PETANI:Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min dekat sini telah dilarang untuk menjemput Menteri Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak untuk satu program yang dianjurkan sendiri oleh pihak sekolah tersebut.

Arahan itu telah mengundang kemarahan masyarakat Cina khususnya ibu bapa dan para pendidik yang berhasrat untuk berjumpa dan berdialog dengan Menteri Besar dalam soal-soal pendidikan dan dasar kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian kepada semua kaum termasuk masyarakat Cina. Program tersebut merupakan jemputan awal sejak sebulan lalu pihak sekolah persendirian itu kepada Menteri Besar Kedah bagi melawat dan menghadiri sesi dialog bersama para pendidik dan ibu bapa pelajar.

Namun, sehari sebelum program yang dijadual 7 April, pihak sekolah telah mendapat arahan dipercayai oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri untuk melarang Ustaz Azizan daripada dijemput menghadiri program tersebut.

Menurut sumber yang memaklumkan perkara itu, larangan tersebut hanya bersandarkan Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar Kedah yang berbeza parti.

"Berkaitan dengan cadangan Lembaga Persatuan Sekolah (LPS) Sin Min untuk menjemput Menteri Besar, pihak perhubungan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak dapat bersetuju kerana Menteri Besar berbeza parti.

"Jadi Puan kena fikir agar aktiviti yang dirancangkan tidak menggunakan premis sekolah dan penglibatan guru," demikian antara petikan arahan yang ditujukan kepada pihak sekolah.

Sumber memberitahu sikap 'double standard' dan 'diskriminasi' yang dilakukan sangat jelas kerana sebelum ini tidak ada arahan melarang mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak mempunyai jawatan kerajaan untuk menghadiri, merasmikan atau menyertai program yang dianjurkan sekolah.

"Pemberian RM100 kepada murid sekolah, kebanyakan sekolah dihadiri pemimpin Umno yang tidak ada jawatan kerajaan untuk menyampaikan sumbangan.

"Tidak ada larangan pun malah diarah pula untuk menjemput pemimpin Umno untuk tujuan itu.Ini sangat tidak bertanggunjawab.

"Masyarakat Cina amat sensitif bila hal-ehwal pendidikan mereka diganggu seperti ini, tambahan pula mereka sangat ingin bertemu MB Kedah untuk membincangkan masa depan pendidikan kaum mereka" katanya kepada Harakah.

Sebelum ini, Harakah pernah melaporkan sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah, menjemput Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah untuk merasmikan dan menyampaikan pemberian RM100 oleh kerajaan kepada murid sekolah.

Dijadualkan dalam program sekolah persendirian Cina itu, pihak kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan peruntukan khas kepada sekolah persendirian terbabit yang lazimnya dilakukan saban tahun sejak 2009 yang lalu untuk tiga sekolah persendirian Cina sejumlah RM180,000.

Mengikut rekod, sekolah tersebut belum pernah dilawati oleh mana-mana Menteri Besar Kedah sebelum ini, dan Ustaz Azizan bakal menjadi yang pertama sekiranya program itu berlangsung pada hari tersebut.

Dalam pada itu Pejabat Menteri Besar Kedah ketika dihubungi mengesahkan pembatalan program itu dan amat kesal dengan situasi yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.