Saudara Pengarang,
SEJAK Anwar gila kuasa untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri, pelbagai taburan janji kosong telah diberi kepada Majlis Pimpinan Negeri Sabah terutama kuasa untuk memutuskan hal-hal berkaitan kepentingan Negeri Sabah tanpa campurtangan dari pimpinan PKR kuala Lumpur; namun semuanya hanya Sandiwara!
Sebenarnya Ketua Umum PKR ini tidak pernah sedikitpun menghormati pemimpin PKR Sabah untuk membuat keputusan sendiri melainkan harus dicampuri oleh mereka dari Semenanjung.
Contoh yang lebih tepat ialah ketika krisis kepimpinan PKR Sabah, Datin Wan Azizah selaku Presiden PKR sendiri pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah selama tiga bulan; sekaligus membelakangkan janji Autonomi.
Setelah melantik Ustsz Pajuddin Nordin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah; dalam beberapa saat sahaja, disebabkan adanya campurtangan beberapa pemimpin Sabah yang cuba menguasai Ustaz Pajudin; perlantikan berkenaan ditarik kembali.
Sehinggalah insiden yang memalukan iaitu 17 ketua cabang PKR Sabah yang diketuai oleh Ahmad Thamrin Hj Jaini membuat memorandum untuk mengetengahkan Hj. Ansari Abdullah sebagai MPN berdasarkan kepimpinan dan ketokohan dan orang lama dalam PKR.
Setelah persetujuan ini mencapai majoriti 2/3, maka memo tersebut di serahkan kepada Presiden dan Anwar untuk mengumumkan kepimpinan Sabah yang baru.
Malang sekali kuasa demokrasi dan autonomi yang dijanjikan kepada pimpinan Sabah juga berakhir dengan apa yang diingini oleh Anwar, iaitu melantik Ahmad Thamrin.
Walaupun beberapa pemimpin PKR Sabah mengetahui perkara ini telah dikianati oleh Ketua Kuku Besi iaitu Anwar Ibrahim, namun demi untuk menghentikan pergolakan kepimpinan PKR Sabah ketika itu; serta berhadapan PRU-13, maka Anwar dengan kuasa 'veto'nya (kuasa yang tiada dalam Perlembagaan Parti) melantik semula Ahmad Thamrin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Semua Ketua Cabang PKR Sabah terpaksa terima keputusan tersebut walau pun perit sehinggalah ke hari ini. Mereka tidak pernah membantah keputusan Ketua Umum, Anwar Ibrahim sehinggalah hari ini tidak di ketengahkan sebagai Calon PRU-13.
Bayangkan belumpun Anwar ini menjadi Perdana Menteri Malaysia, hak- hak rakyat Sabah sudah dinodai dan dikianati, apatah lagi konon mahu memberi 20 % royalti minyak kepada negeri Sabah, mustahil perkara ini boleh berlaku.
Sehubungan itu, rakyat Sabah harus bangun dan sedarlah kerana selama ini kita sudah lama dikianati oleh manusia bernama Anwar Ibrahim sejak tahun 1994 iaitu ketika era pemerintahan PBS lagi.
Marilah kita sama-sama tolak Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau masih bermimpi di siang hari dan terus mengkhianati janji.
Salam Hormat,
NAIB-NAIB KETUA CABANG PKR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.