`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 3, 2013

Bubar Parlimen,Siap Sedia Hadapi Penipuan Piliharaya?


Tulang Besi mengikuti sebahagian dari ucapan Najib Tun Razak. Heran juga Tulang Besi Perdana Menteri bersyarah begitu panjang hanya kerana mahu membubarkan Parlimen.

Sebelum2 ini, biasanya kenyataan seperti ini pendek aja. Tak da meleret-leret.

Najib juga dengan jelas menyuruh semua ketua2 kerajaan Ngeri untuk membubarkan DUN masing-masing supaya pilihanraya diadakan secara serentak

Sempat juga dalam ucapan Najib diselitkan peringatan secara tersirat supaya rakyat jangan menggunakan amalan jalan raya sekiranya tidak puas hati dengan keputusan piliharaya.

Bagi Tulang Besi, ini signal jelas dari UMNO/BN bahawa mereka akan menipu secara borong dalam PRU yang akan datang ini.

Mengapa Tulang Besi berkata begini? Ia adalah kerana:

1) Najib tak perlu suruh pun ketua2 kerajaan negeri membubarkan dewan. Perkara itu adalah otomatik dan akan dilakukan dengan rela oleh semua kerajaan2 negeri.

2) Najib dan UMNO secara jelas menentang cadangan kerajaan2 Negeri PR untuk membubarkan DUN secara berasingan dahulu, kalau kita masih ingat

3) Ini adalah kerana lebih mudah menyorok penipuan dan pembohongan undi sekiranya pengundian dilakukan serentak di Negeri dan Pusat. Kalau diadakan secara berasingan, maka rakyat boleh nampak pembohongan tersebut.

4) Kenapa nak bagi amaran kepada rakyat supaya jangan mempersoalkan keputusan pilihanraya? Kalau pilihanraya itu telus dan adil tiada siapa yang akan marah. Betul tak?

Interpretasi Tulang Besi adalah UMNO sedang nampak kejatuhan mereka. Harapan terakhir mereka adalah dengan bantuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) (dan juga beberapa video seks palsu). Perkara ini telah pun berlaku di Sabah tempohari, mengapa tidak boleh berlaku di Semenanjung dan di Selangor amnya.

Secara pribadi, Tulang Besi menyambut pengisytiharan pembubaran Parlimen oleh Najib ini dengan perasaan hati yang berat dan amat risau.

Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT supaya segala penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional digagalkan oleh Allah SWT.

AMIN.

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.