`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 1, 2013

Datuk Seri Muhammad Ridzwan ditahan di bawah SOSMA - Hamza Taib



Muhammad Ridzwan ditahan di bawah SOSMA - Hamza Taib

KUALA LUMPUR 1 April - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman ditahan di IPD Ampang Jaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di sini hari ini.

Bagaimanapun Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah itu menafikan penglibatannya dalam tragedi pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

Katanya, dia tidak pernah mengenali Jamalul Kiram yang didakwa Sultan Sulu sebaliknya hanya berkenalan rapat dengan pewaris asal kesultanan yang dikenali sebagai Sultan Muedzul-Lail Kiram.

Terdahulu, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.
Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” 
katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.



Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas. – Bernama 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.