`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 12, 2013

Gangguan air di Ampang: Taktik kotor BN?


Lebih 65,000 penduduk di Ampang dan Gombak terputus bekalan air sejak semalam dan dijangka berlarutan selama lima hari.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin merasa sangsi dan mempersoal adakah permasalahan air di kawasannya  (Ampang) dan Gombak benar-benar berlaku atau sengaja dirancang sebegitu.
Beliau berharap masalah air ini bukanlah satu taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) dengan dibantu Syarikat bekalan Air Selangor  (Syabas) untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor dengan memainkan isu air di dua kawasan ini.
Zuraida yang juga ketua wanita PKR berkata, sekali lagi kawasan Ampang dan Gombak telah dilanda krisis air sejak lebih 24 jam yang  lalu berikutan paip pecah di kawasan Batu Caves seperti yang dilaporkan oleh Syabas semalam.
“Berikutan itu, lebih 65,000 penduduk di kedua-dua kawasan ini terputus bekalan air dan dijangka berlarutan selama lima hari,” katanya  dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujar beliau, “saya pernah mengeluarkan kenyataan media awal tahun ini bahawa perkara ini akan berulang apabila tarikh pilihanraya  semakin dekat.
“Alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika Syabas membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan  kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul,” terangnya.
Sebagai syarikat swasta katanya, Syabas patut malu kerana sering dilanda masalah kerosakan dan sebagainya kerana ini membuktikan  matlamatnya hanya mahu mengaut keuntungan daripada rakyat tetapi tidak menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan  amanah.
“Saya akan menjalankan siasatan tentang isu ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika kami dapati Syabas  bermain kotor.
“Sementara itu saya telah pun mengerah ahli-ahli majlis kawasan terlibat memantau kawasan terbabit dan memastikan lori tangki serta  tangki-tangki statik di bekalkan dengan air bersih untuk meringankan beban pengguna di kawasan Ampang,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.