`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 13, 2013

Ini punca sebenar kes BULI ketua kelas SMK Tun Hussein Onn


Punca sebenar kes buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn.

Menurut laporan, kes tersebut berlaku kerana mangsa yang merupakan ketua kelas membuat laporan kepada cikgu tentang handphone yang dibawa oleh geng terbabit. Oleh kerana tidak puas hati, geng ini memukul mangsa dengan begitu teruk dan tanpa belas kasihan. Pelajar bernama Munir Ismail merupakan suspek utama kes buli di SMK Tun Hussein Onn. Ini adalah suspek yang memukul pelajar tersebut dalam klip video yang disebarkan.

Kes pukul dalam kelas. Wajar disebarkan hingga mereka yg terlibat dapat ditangkap. Keselamatan anak2 di sekolah harus jadi keutamaan, disiplin tidak boleh dikompromi. 3 org pukul seorang yg dikatakan Ketua Kelas.

Walau apapun alasan, tindakan tersebut adalah salah kerana memukul pelajar lain. Pihak polis telah pun mengambil alih kes buli tersebut dan semoga hukuman setimpal dikenakan kepada pelajar   terbabit.

Gambar Munir Ismail Pembuli Atau Suspek Utama

P/S - Alahai, Malaysia ku meriah. Meriah dengan perangai buruk bebudak zaman sekarang. Ubun masih lembik tapi perangai mengalahkan setan. Kenapa jadi camni, harap ibu-bapa tolong ambiklah perhatian dan tindakan tegas terhadap anak memasing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.