`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 13, 2013

Tidak Perlu Ubah Kerajaan ? Biar Rakyat Buat Keputusan !



Semua media hari ini membawa mesej yang disampaikan oleh YAB Dato` Seri Najib Tun Razak `Tidak Perlu Ubah Kerajaan` semasa beliau di Kuantan. Ini bukan permintaan kali pertama dari Perdana Menteri agar BN diberi peluang kembali memerintah, tetapi telah berkali-kali. Hujah Najib bahawa sejak 4 tahun yang lepas telah banyak berlaku transformasi membawa perubahan. Empat tahun bermaksud Najib merujuk kepada era pemerintahannya sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Point yang penting yang disedari Najib dan banyak pihak bahawa rakyat mahukan perubahan ! Perubahan yang dapat dilakukan oleh pimpinan yang dinamik, kreatif dan inovatif.
Meminta rakyat memberi mandate  memerintah Negara selama sepenggal – 5 tahun, bukan masa yang pendek, melibatkan dasar, polisi dan perancangan sebuah Negara dan negeri. Sebab itu keputusan memilih pemimpin dan pemerintahan hendaklah dibuat dengan teliti – bukan secara rayuan, permohonan dan kasihan belas. Pimpinan pula hendaklah bermaruah, tidak meletakkan dirinya sebagai pengemis politik, tidak melepaskan cakap sembarangan, tetapi secara teliti, berstrategik dan berwawasan.
Untuk mengekal atau merubah kerajaan ada produk dan bahan, ada neraca dan pertimbangan untuk dinilaikan. Kini parti-parti politik dalam tahap-tahap perlumbaan mengejar kesempatan dan peluang bagi menarik sokongan rakyat bagi menghadapi Hari Penamaan Calon (20 April) dan seterusnya Hari Mengundi (5 Mei). Hari Mengundi adalah Hari Penentuan yang kuasanya berada pada tangan rakyat. Walaupun untuk membuat penentuan dan pemilihan calon yang mewakili mana-mana parti sudah ada di dalam minda rakyat, tetapi peluang bagi mempengaruhi dan mengubah pendirian terutama bagi pengundi-pengundi yang diistilahkan sebagai `Atas Pagar` masih terbuka.
Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada Prestasi Lepas dan Janji Masa Depan yang diistilahkan kepada Manifesto. Pada dasarnya parti-parti politik di Negara ini dikelompok kepada dua yang mengarah kepada system dua parti yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PKR) dan kedua-dua parti terutama BN mempunyai peluang menunjukkan prestai BN sesudah parti itu memerintah sudah lebih dari 50 tahun dan PKR berpeluang menunjukkan prestasinya sejak memerintah bagi negeri-negeri yang diperintah dan menjadi pembangkang di Parlimen sejak 5 tahun yang lepas. Kelamaan bagi BN memerintah dari satu segi mungkin menguntungkan bagi BN kerana dapat menunujukkan prestasi pemerintahan dalam masa yang panjang, tetapi dari segi realitinya menjadi beban dan tekanan. BN dengan tempoh yang begitu lama, melebihi setengah abad memerlukan alternative perubahan. Lantaran itu barangkali mengapa Najib tidak begitu gemar menyebut dengan merujuk kepada tempoh pemerintahan lepas partinya yang lama, tetapi merujuk kepada tempoh masa pemerintahannya, iaitu seolah-olah dalam jangka yang sama dengan zaman pemerintahan Pakatan Rakyat. Dalam tempoh yang hampir sama ini kedua-dua pihak mengambil pendekatan tersendiri masing-masing. Dalam hal ini BN lebih memperlihatkan kesatuan pendekatan, kerana terletak di bawah teraju yang sama bagi peringkat Persekutuan dan negeri-negeri, tetapi bagi pihak negeri adanya kesatuan pada peringkat kepimpinan parti, tetapi tidak sedemikian pada peringkat negeri di bawah Pakatan yang masing-masing mungkin mempunyai pendekatan, keistimewaan-keistimewaan dan mungkin pula kekurangan-kekurangan.
Pada peringkat Persekutuan khususnya pada era pemerintahan dan kepimpinan Najib masa yang dilalui lebih memperlihatkan era yang dilaluinya sebagai era pencarian, bukan kemantapan, Dia seolah-olah dipandu dari belakang dan bukan dari ideanya sendiri, iaitu bermula dari slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Slogan ini nampaknya terlalu panjang dan kekok untuk disebutkan, lantas kemudiannya dikemukakan slogan yang lain, iaitu `Satu Malaysia` yang kemudian kecoh ada yang mengatakan ada kesamaan dengan slogan dari Yahudi yang disogokkan kepada pimpinan BN – dengan bayaran. Dalam penggunaan Satu Malaysia ini, walau berterusan, nampaknya Najib terpaut dengan cadangan istilah yang agak Islamic dari kalangan orang-orang agama dalam BN bagi menarik dokongan orang-orang Melayu-Islam, lantas ditonjolkan istilah `Wasatiyyah` yang diterjemahkan sebagai `Kesederhanaan` dan kadang-kadang mengelirukan dari segi falsafah dan tafsiran yang dikaitkan dengan Islam. Dengan tambahan slogan yang mungkin masih tidak memuaskan hati ini ditambah dengan slogan yang lebih Melayu dan Malaysia, ialah Janji Ditunaikan/ Ditepati. Dalam kesebokan mencari kemantapan, Najib menyedari bahawa tempoh masa yang dilalui begitu cepat dan selain dari pemerintahan berjalan secara normal, tiada program-program menonjol yang identik dengan zamannya. Misalnya tiada pembangunan fizikal yang nyata, Cadangan Perubahan Dasar Pelajaran yang dibawa oleh Tan Sri Muhyiddin yang tidak ke mana – Kecuali ada tekanan untuk kembali menggunakan bahasa Inggeris bagi Pelajaran Sains dan Metamatik dan ada kejayaan wajib lulus peperiksaan bahasa Inggeris dalam SPM. Kita merasakan dalam keadaan yang kalut dan tidak terancang dikemukakan apa yang diistilahkan dengan BRIM, sebagai bukti tidak terancangnya ditambah dengan BRIM 2, kemudian dirasakan kesannya tidak seberapa ditambah dengan janji – selepas berbilion ringgit digunakan, bahawa BRIM akan diteruskan, sekiranya BN kembali memerintah. Demikian penggunaan wang secara `Taburan & Sewenang`, iaitu cara memikat hati rakyat secara mudah dan tak terancang secara rapi yang dibaratkan memberi ikan bukan jorang.
Dengan pendekatan pada peringkat negeri dengan identiti tersendiri, maksudnya negeri-negeri di bawah Pakatan seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang mempunyai keistimewaan dan juga kelemahan-kelemahan, kelihatan pada peringkat Pusat Pakatan Rakyat lebih teratur dan terselaras dari segi penawaran program dan manifesto kepada rakyat. Misalnya Pakatan Rakyat berani membentangkan blueprint bagi manifesto mendatangnya yang dikenali dengan `Buku Jingga` yang banyak dikecam oleh pihak BN, tetapi dalam diam-diam ditiru dan dilaksanakan. Demikian pihak Pakatan dengan lebih berani dan lebih awal mendedahkan Manifestonya yang melibatkan 24 tawaran kepada rakyat yang dikategorikan di bawah aspek persaudaraan, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, tetapi BN baru mengemukakan Manifestonya jauh lebih lewat dari Pakatan, iaitu pada 6 April 2013 yang melibatkan apa yang dikatakan `Aku Janji` itu. Menurut saudara Rafizi Pengarah Strategi PKR bahawa,
``Ternyata apa yang dikatakan Aku Janji sebahagian daripadanya 15% atau 23 Janji merupakan cedokan dari Manifesto Pakatan Rakyat. Menurutnya daripada 157 janji hanya 22 sahaja merupakan perkara baru.`` Menurut Rafizi, ``Antara dasar yang diceduk dari Pakatan Rakyat ialah menurunkan harga kereta, memberi permit teksi individu,, membina rumah rakyat dan bantuan yang adil kepada semua jenis Sekolah. Bagaimana sebuah kerajaan yang lama memerintah tidak mampu merangka manifesto yang original dan tersendiri ?

Dalam hal ini Pakatan Rakyat lebih terkedepan di dalam mengemukakan manifesto dan pendekatan-pendekatan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pada peringkat negeri dapat dicontohi dari apa yang dilakukan oleh negeri Selangor yang kejayaannya lebih dari janji seperti peningkatan dari segi reserve negeri, pertambahan Bajet Tahunan, penawaran program-program kepada rakyat melalui Skim Merakyatkan Ekonomi dan berbagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat. Sedangkan pihak BN selain dari meniru dan menceduk dari Manifesto Pakatan, mereka mencari peluang menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat. Di Selangor ada sindiket yang  mengeluarkan umpan kepada ibu tunggal elaun RM5,000 bagi menyaman Kerajaan Negeri yang sebenarnya tidak pun menjanjikan untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal. Noh Omar sebok menentang Menteri Besar Selangor dari diberi peluang kali kedua, pada hal jasa Menteri berkenaan begitu terserlah dalam memajukan negeri Selangor. Kita menjangka dengan prestasi yang ditunjuk pada peringkat negeri dan jika peluang diberi untuk memerintah pada peringkat Persekutuan dengan idea-idea yang bernas dan segar selama ini ditunjukkan, maka satu kelainan dan perubahan yang positif akan berlaku di Malaysia.

Walau bagaimana terpulang kepada rakyat membuat keputusan, kerana  mereka diberi hak mengundi dan membuat keputusan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.