Baru-baru ini Najib mengisytiharkan manifesto Barisan Nasional. Antara akujanji pertama beliau adalah BN akan menurunkan harga kereta antara 20-30%.
Malangnya, Najib tak sebut bagaimana harga kereta hendak diturunkan. Dia tidak sebut cukai mana yang hendak diturunkan. Ini kerana harga kereta di Malaysia ditentukan oleh tiga jenis cukai: cukai eksais, cukai import dan cukai jualan. Najib cuma kata harga kereta akan diturunkan 20-30% sahaja.
Mengapa saya bertanya begini? Ia adalah kerana sebelum ini lagi juak2 UMNO telah mendakwa harga kereta telah lama diturunkan. Ia adalah kerana bermula tahun 2006, Malaysia telah menyertai AFTA. Dan sebahagian dari program AFTA adalah penurunan cukai import sebanyak 20-30% dari harga kereta sehingga akhirnya AFTA dilaksanakan sepenuhnya.
Angka yang sama antara kedua2 nya (20-30%) membuatkan Tulang Besi berfikir. Janji Najib untuk menurunkan harga kereta 20-30% itu tidak lebih dari merujuk kepada program AFTA yang telah disertai oleh BN semenjak 2006.
Hakikatnya harga kereta tidak akan menjadi kurang kerana cukai aksais dan cukai jualan tidak dijanjikan penurunannya oleh Najib Tun Razak.
Dengan kata lain, kalau ditakdirkan BN menang, harga kereta akan kekal sama seperti sekarang. Cumanya, BN akan berkata mereka telah pun menurunkan 20-30% cukai eksport yang mungkin akan menurunkan harga kereta dalam 5%.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Janji BN Janji DiCapati
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.