`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 8, 2013

KAPALSELAM AL-JUBURI DIKESAN DI PERMATANG PAUH! #PRU13 #PG13

Mungkin kerana termalu dengan pendedahan kaitan Pakatan Pembangkang dengan penceroboh pengganas di Sabah, penyokong-penyokong pakatan pembangkang telah membina satu ikon kapal selam di Permatang Pauh!



Yang menjadi perbualan rakyat Permatang Pauh ialah kapal selam itu digelar 'KS Al-Juburi'. Pedih!

Anda sendiri faham dengan gelaran itu yang dicetuskan oleh Mat Sabu PAS sebelum ini.

Bagaimana pun, KS Al-Juburi itu pernah tumbang sebelum ini. Syukur Alhamdulillah kerana tiada yang cedera dek KS Al-Juburi itu. 

MiM juga difahamkan bahawa terdapat bantahan daripada jentera pembangkang Permatang Pauh yang mahukan KS Al-Juburi diturunkan kerana setiap kali pengguna jalanraya melihat ikon tersebut, mereka akan terfikir dengan Al-Juburi yang dipelopori oleh Mat Sabu.

Kelmarin, tinjauan MiM dan rakan bloggers Penang yang lain mendapati bahawa perang bendera parti-parti politik sudah rancak di Permatang Pauh dan juga di hampir kesemua lokasi pilihanraya.







Rakan blogger Penang, Anak Seberang di Nibong Tebal pula melaporkan bahawa parti DAP sudah mula berbelanja besar untuk PRU13 kali ini.  Sebagai bukti, kren telah dipakai untuk menaikkan roket DAP di Jalan Besar Nibong Tebal.

Menurut beliau :
Lokasi di tengah kwsn tersebut sungguh merbahaya. susunan tong drum yg dibuat meninggi sehingga 40 kaki sangat merbahaya kpd org ramai seandainya runtuh.  


Anda baca laporan dan foto-foto seterusnya:


Terkini! Roket Gergasi Terhempas Di Nibong Tebal?? (pics)


Bendera PAS Langsung TIADA! Kasihann



Puak-puak ni memang sudah naik tocang. Beraja di mata bersultan di hati. Undang-undang diketepikan begitu sahaja. Buat kerja gila nak tunjuk hebat hingga bahayakan orang ramai.

Dap baru sahaja sebentar tadi memasang struktur berbentuk roket di tengah pembahagi jalan di Jln Besar Nibong Tebal. Lokasi di tengah kwsn tersebut sungguh merbahaya. susunan tong drum yg dibuat meninggi sehingga 40 kaki sangat merbahaya kpd org ramai seandainya runtuh. Cukup merbahaya kepada pengguna jalanraya andai terjadi malapetaka disebabkan struktur asas yang cukup lemah.

 Tempoh berkempen belum bermula. Puak Dap buat kerja tak hirau sesiapa hatta sanggup menggadai nyawa manusia. Mpsp di bawah telunjuk mereka sudah pasti pejamkan mata sahaja. 

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.