`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

KOLEJ KDM MULA OPERASI JULAI 2013





Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Kolej Komuniti Tambunan atau lebih dikenali sebagai Kolej KDM bakal memulakan sesi pembelajaran pada Julai ini. Pensyarah Kolej KDM, Willcox Gampanis berkata, pada peringkat permulaan Kolej KDM akan menawarkan kursus Pelancongan, Automobil dan Kursus Perakaunan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Botung di sini.
Oleh itu katanya, pendaftaran bagi kursus itu kini dibuka dan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut boleh berbuat demikian dengan datang ke pejabat Kolej KDM di Tambunan Village Resort Centre (TVRC) pada waktu pejabat atau melalui Kolej Komuniti Tambunan FB.

“Selain daripada kursus sepenuh masa, turut ditawarkan kursus pendek,” ujar Wilcox.

Menurutnya, Kolej KDM kini telah beroperasi dengan menumpang bangunan di Tambunan Village Resort Centre (TVRC) buat sementara waktu. Tapak tetap kolej itu berpusat di Kampung Kaingaran dan telah mendapat kelulusan dari kerajaan Persekutuan untuk dilaksana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.