`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

SAPP TENOM SUMBANG TANGKI AIR




SERAH....Rudy No.2 dari kiri menyerahkan tangki kepada Jamil Binsalou.

Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Masalah terputus bekalan air bersih untuk penduduk Kg Manining selepas dilanda banjir pada Jumaat mendapat perhatian pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) dekat sini dengan tampil memberi sumbangan sebanyak 6 buah tangki untuk tujuan penyimpanan stok air hujan buat sementara waktu.

Sumbangan tersebut disampaikan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang mewakili Roger Stimin Ahli Majlis Tertinggi SAPP Pusat diserahkan kepada Jamil Binsalou salah seorang mewakili penduduk yang terjejas teruk di situ pada Isnin.
Tindakan pemimpin SAPP yang sanggup melupakan seketika soal politik tetapi mendahulukan kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan asas sangat disanjung tinggi oleh masyarakat disitu malah menghargai sumbangan daripada SAPP.

“Kami menghulur sumbangan ini atas dasar peri kemanusiaan apabila melihat susah payah penduduk disini semasa mengalami banjir...(dan) bukan tujuan politik atau meraih sokongan kerana pilihanraya umum ke-13 semakin hampir.

“Ini bukanlah sesuatu bencana yang diakibatkan oleh mana-mana pihak tetapi adalah bencana alam yang tidak dijangkakan. Namun kami bersimpati masalah mereka,” tegas Rudy.

Pada malam Jumaat, Kg Manining salah sebuah perkampungan yang terjejas teruk akibat banjir kilat selepas hujan turun semalaman menyebabkan air Sungai Manining mengalami banjir besar mengakibatkan tebingan sungai runtuh dan berlumpur menjadikan air keroh dan tidak dapat diminum untuk beberapa hari.

Pada Sabtu, bekas Dun Melalap Datuk Radin Malleh melawat kawasan tebingan sungai yang runtuh termasuk persekitaran perkampungan yang dilimpahi banjir besar itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.