`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 5, 2013

LDP SOKONG PENGELUARAN MYKAD SABAH






WAWANCARA...Datuk VK Liew menjelaskan mengenai Isu Kad Pengenalan di Sabah dalam sesi temubual eksklusif.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Datuk Liew Vui Keong menyambut baik saranan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dumpok yang mencadangkan agar semua pemegang Mykad di Sabah yang diragui ditarik balik kemudian diproses semula dan berikan kepada yang benar-benar layak sahaja.

Katanya cadangan Dumpok itu memang baik sekiranya pemegang kad pengenalan biru 'IC Projek' meragukan wajar ditarik balik dan buat semula dengan mengikut tatacara dan prosedur yang betul.
Apapun kata V.K Liew, untuk menarik balik kad kad pengenalan tersebut harus mengambil kira beberapa sudut dan perlu diperhalusi dan bukan mudah untuk menyelesaikan masalah pemegang kad pengenalan yang kini sudah berjumlah 1.3 juta di negeri ini.

Datuk V.K Liew berkata demikian dalam satu temubual eksklusif dengan Sabahkini.Net sejurus selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Undian Projek PIA-PIAS Daerah Sandakan kelmarin.

"Saya amat setuju dan menyokong cadangan mahupun saranan Dompok mengenai masalah Kad Pengenaan tersebut yang kini telah menjadi isu besar; tetapi untuk melaksanakan perlu mendapat sokongan padu daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak melanggar tatatusila dalam perkongsian kuasa dalam pentadbiran kerajaan BN,” ujarnya.

Ditanya mengenai senario politik di Sabah setelah Parlimen dibubarkan V.K Liew menjawab sokongan rakyat terhadap perjuangan BN masih kukuh.

Katanya, rakyat telah sedar hanya kerajaan BN sahaja yang mampu meletakkan Sabah dalam arus perdana pembangunan negara dan mewujudkan perpaduan kaum dan hubungan mesra di antara semua etnik yang ada di Malaysia.

“Mengenai sokongan masyarakat Cina di negara ini termasuk Sabah, terhadap perjuangan BN, 80 peratus mereka masih menyokong kerajaan BN,” ujarnya.

Tambah V.K Liew, kerajaan BN yang berpaksikan perkongsian kuasa dalam pentadbiran kerajaan, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri; maka kebajikan masyarakat Cina terus terpelihara seperti kaum-kaum lain yang ada di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.