`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 10, 2013

MAHATHIR & IBRAHIM PATUT DIHARAMKAN





Saudara Pengarang,
KERAJAAN Sementara Sabah dengan angkuhnya mengusir Tian Chua, bekas MP yang telah terbang ke Sabah untuk berkempen tetapi disumbat balik ke dalam kapal terbang dan diterbangkan balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama, kononnya tidak dapat menjamin ketenteraman awam di Sabah; berbanding layanan awal kepada Pengganas Tanduo.

Setakat ini, Kerajaan sementara Sabah dan 'Caretaker CM' Datuk Musa Aman telah banyak mengunakan Seksyen 66 Akta Imgrisen untuk menghalang seteru politik BN; menyebabkan ramai aktivis NGO yang Pro Pakatan Rakyat diharamkan masuk ke Sabah.
Persoalan yang belum terjawab, apakah dosa dan kesalahan besar mereka ini dihalang memasuki Sabah? Jika atas faktor keselamatan Sabah, sememangnya agak melucukan dengan alasan yang diberikan Kerajaan Negeri Sabah selama ini; malah boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan politik.

Ketidak wajaran ini sepatutnya menjadi keutamaan jika STAR atau SAPP berjaya membentuk kerajaan negeri baru Sabah; maka mereka harus mengharamkan dua manusia iaitu Tun Mahathir Mohammad dan Presiden Perkasa yang ingin membakar kitab suci Kristian itu daripada menjejakkan kaki mereka di bumi Sabah lagi.

Kita sedia maklum bahawa ibu segala masalah di Sabah ialah PATI yang diberikan IC sejak zaman Tun Mahathir. Semua rakyat Sabah tahu dosa Tun Mahathir ini berlanjutan sehingga mereka yang mendapat IC Projek menjadi pencetus kepada insiden berdarah Tanduo.

Manakala Ibrahim Ali pula telah melukai hati penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana sifat rasis yang menebal sehingga mengancam ingin membakar kitab suci 'bible' yang mempunyai perkataan Allah.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.