`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 11, 2013

MCA DAN GERAKAN BAKAL JADI ABU?




Saudara Pengarang,

MCA dan Gerakan Sabah sememangnya dua buah parti dari semenanjung, yang bercita-cita besar di Sabah, sangat beragan-angan di bumi bertuah Sabah ini, dengan motif kedua-duanya mengembangkan sayapnya ke Sabah, atas dasar membela masyarakat Tiong Hua di Sabah.
Akan tetapi adakah MCA & GERAKAN ini boleh diterima masrayakat Tiong Hua Sabah, sedangkan saudara-saudara Tiong Hua di Semenanjung telah menolak kedua-dua buah parti ini, terutama Gerakan yang telah dikuburkan tanpa nisan dan MCA bakal menerima nasibnya pada PRU 13 kali ini.
Jesteru itu, adakah masyarakat Tiong Hua Sabah akan bersandarkan harapan mereka pada kedua-dua parti yang sudah tidak relevan lagi ini.
Dikhabarkan MCA impikan beberapa kerusi DUN dan Parlimen Sandakan, antara yang bakal disandarkan harapan ialah Ketua Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim untuk kerusi DUN Luyang; satu kerusi majoriti Tiong Hua yang diwakili SAPP menerusi Datuk Melanie Chia, (Iron Lady) SAPP yang terkenal dengan kerja kuatnya terhadap penduduk Luyang.
Persoalan di sini, bolehkah Datuk Agnes Shim menewaskan orang lama seperti Datuk Melanie Chia ini yang telah lama menabur baktinya pada masyarakat Luyang?
Bolehkah masyarakat Tiong Hua terutamanya generasi tua di Luyang ini menerima BN dan MCA lagi, sedangkan angin taufan Tukar sememangnya sedang bertiup kencang di bumi Sabah.
Apa yang menarik kali ini, jika betul pertembungan ini berlaku Antara Datuk Agnes Shim dan Datuk Melanie Chia, maka akan tercatat dalam sejarah kali ini, dua Tokoh wanita merangkap Ketua Wanita parti masing-masing bertempur.
Bagi Gerakan pula dikhabarkan juga memasang impian besar di Sabah, dengan keinginan untuk mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi oleh katak-katak mereka.
Keinginan juga disuarakan Ketua Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong yang mengintai satu kerusi DUN yang telah ditinggalkan SAPP. Antara disebut kerusi menjadi idaman Datuk Gordon Leong ialah Likas.
Beliau dengan caranya sendiri telah istiharkan keinginan beliau baru-baru ini, akan tetapi adakah pucuk pimpinan BN Sabah yakin Gerakan boleh mendapat kepecayaan dari masyakat Cina Sabah kali ini? Bukankah Gerakan sudah lama bersemadi di pusara di Semenanjung Malaysia?
Sedangkan pemimpin UMNO seperti Datuk Ghafur Salleh pun mempertikaikan kemampuan Parti Gerakan ini. Mungkin ada yang tidak hairan jika ada antara calon-calon dari kedua-dua parti ini yang bakal hilang wang pertaruhan, sekaligus memalukan BN.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.