`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 29, 2013

Najib datang ke Selangor untuk pecahkan masyarakat


18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kedatangan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap berkempen di Selangor tidak mendatangkan kebaikan kepada Selangor tetapi telah memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Ini jelas apabila Najib  cuba mempertahankan slogan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama mengiktiraf Perkasa, sebuah NGO perkauman melampau bila mana meletakkan Naib Presiden Perkasa, Datuk  Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Najib bukan sahaja  mewujudkan ketegangan kaum, beliau juga secara tidak bermoral terus  menaburkan janji kepada rakyat selangor, tambah beliau.

"Lebih teruk lagi janji yang cuba beliau tabur adalah atas perkara yang gagal diselesaikan oleh Umno Selangor untuk puluhan tahun tetapi telah  diselesaikan oleh Pakatan selama 5 tahun khususnya projek terbengkalai Alam Perdana dan Bukit Botak.

"Adalah melucukan apabila Najib tiba-tiba datang ke Alam Perdana dan menaburkan janji serta memberi maklumat salah seolah beliaulah "hero"; sedangkan penduduk tempatan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyelesailan masalah mereka," tegas Khalid.

Bagi beliau, tindakan Najib juga menjadi bahan ketawa penjawat awam di Selangor kerana hakikatnya mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menyelesailan projek terbengkalai tersebut.

"Berat untuk saya katakan di sini  ini bahawa saya tidak menjangka Najib akan merendahkan martabat dan kredibiliti  sebagai Perdana Menteri Kerajaan Sementara.

"Nampaknya Najib benar-benar terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangi Selangor," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.