Saudara Pengarang,
PENUBUHAN Panel RCI baru-baru ini bagi menyiasat pendatang tanpa izin telah membuka kotak Pandora dan mengesahkan apa yang rakyat Sabah syaki dan khuatiri untuk masa yang lama iaitu pendatang tanpa izin telah diberikan kad pengenalan dan mengundi dalam beberapa pilihan raya lalu.
Orang awam mendengar dan membaca dengan terkejut dan berasa kecewa tentang bagaimana pegawai kerajaan atasan mengeluarkan beribu-ribu KP kepada pendatang tanpa izin dan orang asing secara rahsia dan mencurigakan melalui 'IC Projek’, membolehkan mereka untuk mengundi di kawasan-kawasan parti tertentu yang mempunyai peluang tipis untuk menang.
Penduduk Sabah tulen yang kecewa dan keliru bagaimana calon mereka boleh kalah, lebih kurang kini mengetahui sebabnya dan sesetengahnya mempercayai bahawa pembangkang juga boleh menang.
Sesiapa yang bertanggungjawab untuk semua perbuatan khianat itu, patut dibawa ke muka pengadilan, dibicarakan dan dihukum.
Namun, prosiding RCI terpaksa ditangguhkan. Pendengaran akan hanya disambung semula selepas pilihan raya, penemuannya dan pengadilan mungkin tidak ada gunanya dan berat sebelah jika pentadbiran kini menang dan memerintah untuk lima tahun lagi.
Orang yang melakukan kesalahan itu yang mungkin sekarang ini memegang jawatan dalam kerajaan boleh terlepas.
Dapatan RCI, antara lain, juga membabitkan pegawai korup SPR, JPN dan pegawai kerajaan lain, berhubung kebolehan pendatang tanpa izin untuk mengundi dalam pilihan raya. Badan-badan kerajaan berkaitan patut menyiasat tuduhan ini terhadap kakitangan mereka dan membasminya jika ia wujud dan memberhentikan operasi mereka yang korup dan menyalahi undang-undang.
Seorang bekas Ketua JPN yang memberi keterangan bahawa dia mengarahkan 'beribu' pendatang tanpa izin diberikan nama mereka kepada JPN dan SPR, supaya dapat membatalkan KP mereka dengan segera dan memadamkan nama mereka daripada daftar pemilih menjelang pilihan raya ini.
Badan kerajaan lain yang tidak terbabit dalam dapatan RCI, tetapi seolah-olah tidak adil pada pilihan raya lalu adalah ROS. Ia kelihatan tidak membenarkan pembentukan parti politik baru di Negeri ini dan juga di semenanjung.
Pegawai-pegawai ROS, nampaknya, hanya bagus pada membatalkan pendaftaran parti.
Apa yang anda harap dapat perolehi daripada berbuat demikian? Adakah anda menyedari kesulitan dan ketidakadilan anda lakukan kepada penduduk Sabah?
Ia lebih baik untuk memusnahkan KP itu dan kembali ke tanah air anda atau pergi ke tempat lain dan mendapatkan dokumen yang sah jika anda benar-benar mahu memasuki Negara ini untuk bekerja dan memperolehi pendapatan.
Salam Hormat,
PENGUNDI TULEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.