`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 4, 2013

PECAH BERITA! Bung Moktar, Ghapur, Salleh Dan Dua ADUN BN Sabah GUGUR!



Spekulasi kini sedang bertiup kencang nun jauh di negeri di bawah bayu mengenai beberapa ahli parlimen dan ADUN Barisan Nasional (BN) akan digugurkan menjelang pilihanraya umum ke-13 dalam dua minggu lagi.

Selagi BN belum memuktamadkan senarai calon yang hanya akan diketahui lapan hari lagi, beberapa pemain utama politik di Sabah hampir pasti akan digugurkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Mendahului senarai adalah ahli parlimen kontroversi, Bung Moktar Radin di Kinabatangan, Abdul Ghapur Salleh di parlimen Kalabakan, Salleh Kalbi di parlimen Silam, Karim Bujang di DUN Bongawan dan Rahim Ismail di DUN Pantai Manis.

Bung dikatakan tidak berada dalam senarai terakhir yang dikemukakan pengerusi BN negeri, Musa Aman ketika mengadakan perbincangan dengan pengerusi BN, Najib Altantuya di Putrajaya minggu lalu.

Walau menang dan dianggap calon pilihan untuk mempertahankan kerusi Kinabatangan, Bung digugurkan kerana sering menimbulkan kontroversi dan sekali sekala mempertikaikan dasar BN terutama menyerang kroni kesayangan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary dalam sidang parlimen lalu.

Abdul Ghapur pula tidak dicalonkan semula berikutan desas desus akan menyeberang ke Pakatan Rakyat pada Julai tahun lalu, tidak menjadi.

Namanya dikatakan dalam senarai teratas untuk digugurkan kerana dianggap tidak setia kepada BN.

Selain itu, Ghapur antara 30 ahli parlimen BN termasuk Bung Moktar yang dikatakan akan melompat menjelang Hari Malaysia pada 16 September 2008 seperti yang dirancang ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Parlimen Silam juga bakal mendapat calon BN baru dengan Salleh juga tidak dicalonkan semula kerana dikatakan gagal mengimbangi sokongan Pakatan Rakyat walaupun menang besar dengan majoriti lebih 9 ribu undi dalam pilihanraya umum lalu.

Karim Bujang pula sudah terlalu lama memegang status ADUN dan Najib Altantuya dijangka akan melantik calon muda seperti yang terkandung dalam senarai diserahkan Musa.

Walaupun menang tanpa bertanding di DUN Pantai Manis, ia tidak menjamin kedudukan Rahim selaku penyandang kerana dia bakal digantikan dengan muka baru dalam pilihanraya umum akan datang.

Rahim dianggap 'pengacau' dalam kem Musa kerana kelantangannya menuntut supaya projek pembangunan di kawasannya disegerakan mendapat reaksi negatif Musa yang tidak mahu isu tersebut ditimbulkan dalam sidang DUN lalu.

Ada beberapa nama besar lain turut tersenarai antaranya BEKAS ahli parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan yang dipercayai dipintas di saat-saat akhir oleh Musa kerana gagal membangunkan parlimennya seperti yang disyaratkan Najib Altantuya.

Selain itu, BEKAS ahli parlimen Sipitang, Sapawi Ahmad Wassali juga dipercayai tidak tersenarai sekaligus memberi laluan kepada BEKAS ADUN Sindumin, Ahmad Bujang untuk menggantikannya.

Pakatan Rakyat pula kini berdepan dengan masalah calon Bebas dan calon dari SAPP dan STAR yang juga bakal bertanding di kerusi parlimen dan DUN seluruh negeri walaupun calon yang ditampilkan kali ini kurang pengalaman berbanding pakatan itu atau BN.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.