`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 3, 2013

PECAH BERITA! Samseng Umno Serang Anwar Umum Calon KEADILAN Johor Bharu!



Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi.

Turut hadir, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan saf pimpinan Pakatan Rakyat negeri.


Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi.

Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan.

Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran.


Parlimen Johor Bharu disandang bekas ahli majlis tertinggi Umno, Shahir Samad dan dijangka akan dicalonkan semula memandangkan spekulasi awal menyebut dia akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Md Hashim merupakan anak jati Johor Bharu dan antara pemimpin tentera yang disegani ramai termasuk pemimpin Umno atas ketegasannya dalam isu keselamatan.

Malah beliau juga baru sahaja dilantik sebagai penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Pakatan Rakyat dalam satu pengumuman di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, minggu lalu.

Sementara itu, BN menggunakan pembesar suara yang amat kuat disusuli dengan 'pertandingan karaoke' bagi mengganggu perjalanan ceramah Merdeka Rakyat namun tidak dihiraukan.

Paling kelakar, apabila khemah BN mula memperdengarkan lagu Negaraku, hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan membuatkan pemimpin Umno yang berada di khemah mereka terdiam.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 03 April 2013)

1. Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (penyandang - belum disah dan diumumkan)
2. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
5. Batu - Tian Chua (penyandang)
6. Sembrong - Onn Abu Bakar
7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail
11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
12. Padang Serai - N Surendran
13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub
15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
21. Pandan - Rafizi Ramli
22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
24. Saratok - Ali Biju
25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
26. Baram - Roland Engan
27. Limbang - Baru Bian
28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti
29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 
30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi
33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung
34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)
35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang)
36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)
37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)
38. Tebrau - Steven Chong Siow
39. Muar - Mohd Hizwan Ahmad

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 03 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang)
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tack
10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan)
13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)
15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang)
16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang)
17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 03 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad
14. Larut - Fauzi Shaari
15. Temerloh - Nasrudin Hassan
16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)
18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.