`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 8, 2013

PECAH BERITA! Shafie Apdal Salah Guna Kedudukan Menteri Lagi?



Terbubarnya parlimen Malaysia pada 3 April 2013 lalu membolehkan pilihanraya umum ke-13 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari tanpa gagal.

Kedudukan tersebut bermakna kesemua jawatan kerajaan dalam parlimen terbatal secara automatik termasuk perdana menteri dan barisan kabinetnya serta ahli parlimen.

Kerajaan sementara ditubuhkan dengan kuasa terhad dan hanya boleh mengeluarkan arahan penting tanpa mengganggu perjalanan pentadbiran negara.

Kesemua bekas menteri dan ahli parlimen pula tidak boleh menggunakan kuasa sementara yang ada untuk berkempen atau memanggil kelompok tertentu bagi tujuan memancing undi dan menyalahgunakan harta kerajaan.

Bagaimanapun ini tidak terjadi walaupun Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah mengarahkan kesemua ahli parlimen tidak kira kerajaan sementara atau pembangkang tidak boleh menggunakan kedudukan untuk berkempen.

Tetapi perlanggaran terang-terangan undang-undang ini dibuktikan berlaku apabila BEKAS menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Shafie Apdal masih menggunakan kedudukan menteri untuk memanggil satu program dipercayai berkempen menggunakan harta kerajaan semalam.

Bertempat di Hotel Seafest dalam parlimen Semporna, Shafie dilihat merasmikan program perjumpaan ketua-ketua kampung dan imam-imam bersama YB Menteri P 189 yang dihadiri kira-kira 200 orang.

Turut sama berada dalam majlis itu ialah BEKAS ADUN Sulabayan, Muhammad Lan Alani dipercayai berkempen bagi mendapatkan sokongan pemimpin setempat untuk memastikan kemenangannya dipertahankan.

Shafie yang terpalit dengan skandal bersama seorang artis, Zahida Rafik sehingga kini masih belum tampil dengan penafian dan ugutan saman terhadap bekas ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin walaupun pernah berhasrat berbuat demikian.

Sekiranya maklumat yang disampaikan ini benar, pemimpin Pakatan Rakyat mesti bertindak ke atas Shafie yang sudah melanggar undang-undang negara kerana masih menggunakan gelaran YB dalam setiap program politiknya.

Gani juga sepatutnya memanjangkan perkara ini ke pengetahuan Najib Altantuya serta mengambil tindakan yang perlu mengikut lunas undang-undang yang ada bagi memastikan sebarang perlanggaran kuasa tidak berlaku.

Tetapi masalahnya, Shafie dan Gani mempunyai hubungan kekeluargaan, jadi untuk mendesak Gani mengambil tindakan umpama memancung kepalanya sendiri walaupun ia jelas salah di sisi undang-undang.

Apakah Najib Altantuya yang baru saja mengumumkan manifesto BN Sabtu lalu sudah terlupa akan janji-janjinya sendiri?

JALAN PULANG 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.