`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 5, 2013

PECAH LOBANG! Rahman Dahlan 'CABUT LARI' Dari Kota Belud?



Ini merupakan berita suam-suam kuku jari kelingking Rosmah Mansor (haha...)

BEKAS ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Sepanggar sekaligus meninggalkan kerusi lamanya yang cuma baru sepenggal dihuni.

Menurut sumber dalaman, jika Rahman tidak bersetuju untuk diletakkan di Sepanggar, maka namanya akan terlucut dari senarai calon Barisan Nasional (BN).

Rahman sudah lama mempunyai masalah dengan jentera Umno dan BN parlimen itu hingga khabar angin mengatakan petugas BN tidak akan melakukan kempen sekiranya Rahman dicalonkan semula di parlimen itu.

Alasan Rahman bahawa kerusi Sepanggar mesti dirampas semula dari SAPP hanyalah helah untuk menutup pekung yang bersarang di dalam Umno Kota Belud.

SAPP merupakan penyandang kerusi parlimen Sepanggar atas tiket BN tetapi ahli parlimennya, Eric Majimbun dan ahli parlimen Tawau mengisytiharkan keluar BN menjelang sambutan Hari Malaysia pada September 2008.

Rahman merupakan antara BEKAS ahli parlimen yang lantang menyerang ahli parlimen Pakatan Rakyat tetapi menikus apabila bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mencabar mama-mana ahli parlimen BN menyiasat isu wang RM3 bilion kononnya dilarikan Anwar semasa menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

Selain aktif di laman sosial Twitter, kedangkalan hujahnya menyebabkan dia diserang bertalu-talu oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat hingga kadangkala langsung tidak dijawabnya.

Bagaimanapun, beberapa blog pro Umno yang diwujudkan khusus untuk menyerangnya juga menyatakan bahawa Rahman hanya sibuk membicarakan masalah negara sedangkan prasarana dan kemudahan yang terdapat di parlimennya sungguh daif.

Malah ada juga pertanyaan sinis daripada penduduk Kota Belud sendiri yang mengatakan jika Rahman pejuang rakyat Kota Belud dan sering mewar-warkan bahawa parlimennya merupakan jelapang padi Sabah, mengapa dia tidak pernah turun melihat keadaan hidup pesawah di Kelawat?

Faktor inilah yang menyumbang kepada kebencian penduduk terhadap Rahman hinggakan salah seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian pernah memberi amaran, jika Rahman terus dikekalkan, besar kemungkinan BN akan tewas awal-awal lagi.

Itulah sebabnya mengapa Rahman kini sedang mengintai kerusi Sepanggar yang kebetulan kuotanya kini bakal diisi sama ada Umno, UPKO atau PBS.

Persoalannya, jika pekung Rahman sudah berbau di Kota Belud, apakah busuknya tidak boleh sampai ke Sepanggar?

JALAN PULANG 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.