`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 3, 2013

PRU-13 HAMBAR, BAKAL PENGUNDI BINGUNG





Saudara Pengarang,

WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 11.30 pagi tadi, namun disambut hambar kerana beberapa negeri masih belum membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan serentak; tidak seperti sebelum ini parti pembangkang begitu berkobar-kobar mencabar Najib bubarkan Dewan Rakyat.
Ketandusan isu menyebabkan Gendang Perang yang dipalu Najib kurang mendapat sambutan kerana BN telah berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat, sama ada melalui bantuan One-Off atau peningkatan prasarana.
Isu NCR, PATI, RCI dan Ops Daulat tidak menyengat untuk digunakan pada PRU-13 sehingga Parti Pembangkang di Sabah bagaikan itik tempang atau ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi bergelumang tahi.
Manakala bagi Kerajaan Negeri pula, rakyat Sabah sudah lali dengan isu lama yang diketengahkan seperti kekukuhan ekonomi, Rating AAA, deposit tunai lebih RM10 bilion dan memerlukan isu baru untuk dibincang atau dituntut untuk dilaksanakan sepanjang kempen.
Bagi rakyat di Semenanjung Malaysia, mereka sudah muak dengan pendedahan Video Seks yang melibatkan pemimpin pembangkang dan kini menjadi 'boomerang' yang akan dikembalikan kepada pelemparnya sehinggakan pengumuman pembubaran parlimen tidak mendapat sambutan ramai.
Kedua-dua pihak termasuk BN dan pembangkang terkesima dan tidak mengambil langkah awal setelah beberapa Kerajaan Negeri turut membubarkan DUN masing-masing dan ada pihak yang meramalkan Penamaan Calon akan diadakan pada 17 April dan PRU-13 dibuat pada 27 April.
Tidak seperti PRU-12, pengumuman pembubaran Parlimen dinantikan semua pihak termasuk di dalam BN, tetapi senario berkenaan tidak dapat dilihat pada kali ini kerana semua media hanya menyiarkan cerita pembubaran Parlimen tanpa fokus tertentu.
Sebagai pemilih muda yang pertama kali membuang undi, saya juga kebingungan kerana tidak menemui titik temu dan parti mana yang harus saya pilih kerana jika BN dan Pembangkang menurunkan calon yang sama seperti PRU-12, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai 'Kayu Mati'; maka ada baiknya saya menunggu sehingga tarikh penamaan calon sebelum membuat keputusan.
Salam Hormat,
AMRI SHAFIK AMRAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.