`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 6, 2013

Round 2 - Anwar Ibrahim Bersih Rasuah, Keronisme & Salah Guna Kuasa?



Soalan Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim kelmarin:

Kenapa Anwar Ibrahim tidak SAMAN Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan beliau Anwar Ibrahim menggunakan WANG RAKYAT untuk kepentingan politik beliau?

"Hutang kroni Anwar Ibrahim telah dibersihkan / diselesaikan melalui keuntungan daripada tawaran yang menggunakan pengaruh Bank Negara," Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilionuntuk mencapai cita-cita politiknya.

Berita Minggu, 31 Oktober 1999


Soalan mudah yang diajukan oleh Gomo buat Anwar Ibrahim GAGAL dijawap. Malah para pengikutnya terutama Blogger dan Cybertropers mereka juga gagal menjawap apa yang Gomo nyatakan semalam dimana kenyataan Bekas Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim SONGLAP wang rakyat RM 3 Billion untuk tujuan politiknya.

Jadi dengan kegagalan Anwar Ibrahim serta para pencacainya untuk menjawap soalan tersebut maka Gomo jelaskan jawapan nya hari ini agar rakyat mengetahui Anwar Ibrahim adalah BAPAK RASUAH dan merupakan pemimpin yang penuh dengan KORUPSI.

SEKURANG-kurangnya 20 "akaun" dengan jumlah dana melebihi RM3 bilion telah ditubuhkan untuk bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai "kroni", Datuk Abdul Murad Khalid.

Murad berkata, pada pengetahuannya dan melalui penglibatan sendiri, lebih RM120 juta daripada akaun-akaun ini telah dibayar kepada Anwar, kroni dan organisasi beliau digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau.

Bekas Bank Negara Malaysia penolong gabenor juga mendakwa bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk melaksanakan latihan korporat tertentu dalam memihak kepada rakan-rakan dan kroni

"Hutang kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan melalui keuntungan daripada tawaran yang menggunakan pengaruh Bank Negara,"Murad berkata Anwar telah mengarahkan beliau untuk membantu menyelesaikan hutang berjumlah RM20 juta yang terhutang kepada bank-bank tempatan.

Murad berkata beliau mempunyai pengetahuan peribadi bahawa antara 1992 dan 1997, RM50 juta daripada akaun induk telah dibayar kepada Anwar Ibrahim. Read More....


Anwar Ibrahim sehingga hari ini tidak MENYAMAN Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pendedahan yang telah dibuat beliau mengenai Kerakusan Anwar Ibrahim dalam MEROMPAK Wang Negara sewaktu beliau menjadi Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim tidak SAMAN kerana beliau tahu jika beliau SAMAN bekas Gabenor Bank Negara maka kes tersebut akan lebih panjang dan akan membabitkan banyak pihak terutamanya Azmin Ali yang kini merupakan Timbalan Presiden PKR yang juga rakan Homoseks beliau.

Apakah Anwar Ibrahim BERSIH dari RASUAH? KERONISME?SALAH GUNA KUASA? Dengan apa yang didedahkan sebelum ini dan hari ini Gomo nak ingatkan kepada rakyat Malaysia agar melihat dengan lebih jelas bahawa Anwar Ibrahim ini amat rakus dan akan melakukan apa sahaja demi cita citanya tercapai.

Untuk hari ini Gomo beri soalan baru untuk Anwar Ibrahim dan puak puak pencacainya jawap.



ROUND 2

Anwar Ibrahim menuduh Tun Dr Mahthir mengamalkan KERONISME malah Najib Razak juga dikatakan mengamalkan Keronisme dan juga merompak wang rakyat. Media media pembangkang cukup suka memainkan isu ini dengan melabelkan UMNO rompak wang rakyat dan kemudiannya menyatakan kepada dunia Anwar Ibrahim bersih dan layak menggantikan Najib Razak. Layakkah Anwar Ibrahim?

Bersihkah Anwar Bin Ibrahim ini?

Soalan Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim:

1)Berapa Aset Kekayaan yang dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman Bapa kepada Anwar Ibrahim 

2)Dari mana pula aset Kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki? Dari langit kah?

BERSIH....sila Anwar Ibrahim jelaskan kepada rakyat bahawa seluruh keluarganya BERSIH dari KORUPSI dan KERONISME....

Tempoh 24 Jam diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk menjawap soalan ini. Rakyat mahu jawapan apakah keluarga Anwar Ibrahim tidak mendapat apa apa faedah sepanjang Anwar Ibrahim bergelar Menteri Keewangan? Anwar Ibrahim bebas Rasuah? Keronsime? Sila jawap dalam masa 24 Jam.

-papagomo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.