`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2013

SAPP SERAH ZINK KEPADA MANGSA RIBUT




SERAH.....Pergerakan Pemuda SAPP sook menyerahkan zink kepada warga emas Bakusut Ansamoi.

SOOK : Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah, Kampung Biah Tengah, N.37 Sook telah datang dan membawa bantuan kilat kepada 6 keluarga mangsa kepada ribut angin kencang yang menerbangkan atap rumah mereka sekelip mata.

Tragedi tersebut berlaku lebih kurang jam 4.30 petang, pada 27 Mac 2013 telah memusnah dan meranapkan bumbung rumah penduduk kampung.
Penduduk yang terlibat telah mengajukan permohonan mereka kepada ADUN Sook melalui Pengerusi JKKK, yang kemudiannya meminta mereka untuk turun ke Keningau dan mengisi borang bantuan di pejabat.

Sudahlah jatuh di timpa tangga, penduduk yang mengalami kesusahan tidak mampu mengurus prosedur itu, memandangkan nilai bagi kehidupan orang miskin berbeza di mata orang berkemampuan.

Berkat usaha Pemimpin Cawangan Kg Biah Tengah, Patrick Ansilou telah mengadakan insentif dengan berjumpa kepimpinan Naib Presiden SAPP, Datuk Frankie Chong.

Mendengar keluhan mereka, Naib Presiden Parti Maju Sabah itu serta merta mengeluarkan bantuan kilat peribadi kepada 6 keluarga terbabit.

Maka bantuan kilat telah disampaikan oleh Wakil Datuk Frankie iaitu Naib Pengerusi N.37 Sook, Kailoh Buntong dan diiringi exco Pusat Parti Maju Sabah, Larry Carry, lebih kurang jam 1.00 petang, kelmarin.

"Kami amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan, kerana menunaikan doa kami. Akhirnya rumah kami tidak terkena hujan dan panas sudah," menurut mangsa, Amir Mansang.
Kecelakaan berkenaan turut menimpa warga emas termasuklah Bakusut Ansamoi, Zainol Ansunggang, Adok Kuoh, Ambuang, Victor dan Amir sendiri.  (Media SAPP)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.