`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2013

Senarai calon BN dah keluaq...!


PRU-13: UMNO Kedah tampil gandingan baharu dan lama

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Jerai manakala Dr. Zaki yang merupakan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah berkemungkinan dicalonkan untuk kerusi Kuala Kedah.

Selain itu, muka-muka baharu yang dijangka diketengahkan BN Kedah pada pilihan raya umum kali ini ialah Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang; Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Saidi Nanyan (Kuah); Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, Aminuddin Omar (DUN Jitra) dan Fadzilah Mohd. Ali di DUN Sungai Limau.

Beberapa nama dalam kalangan profesional dikatakan turut tersenarai termasuk Dr. Mansor Abd. Rahman di Parlimen Sik dan Prof. Ismail Daut di Merbok. Mereka masing-masing merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik dan Merbok.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di kerusi Parlimen Pokok Sena; Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdulah (DUN Kuala Ketil); Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohktar Mohd. Noor (DUN Bukit Pinang) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sungai Petani, Dr. Syamsul Anuar Ismail (Parlimen Sungai Petani).

Beberapa muka baharu di kalangan wanita juga dijangka membawa cabaran BN Kedah iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor di DUN Bandar Baharu; Kama Noriah (DUN Pedu); Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (DUN Alor Mengkudu) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, Hasnita Md. Isa di DUN Pengkalan Kundur selain Datuk Suraya Yaacob kekal bertanding di Sungai Tiang.

Di samping itu, dua penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan dipindahkan bertanding di kawasan Parlimen iaitu penyandang kerusi Pedu, Datuk Seri Mahdzhir Khalid ke Parlimen Padang Terap dan Datuk Ir. Nawawi Ahmad dari DUN Kuah ke Parlimen Langkawi.

Datuk Mukhriz Mahathir pula dari Parlimen Jerlun ke DUN Ayer Hitam.

Beberapa penyandang dijangka mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di DUN Bakar Bata; Mohd. Rawi Abd. Hamid (DUN Ayer Hangat); Datuk Abu Hassan Sariff (DUN Kota Siputeh), Datuk Mohd. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu); Datuk Ahmad Zaini Japar (DUN Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail di DUN Guar Chempedak.

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian dikatakan tersenarai sebagai calon iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin di DUN Bukit Lada dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah (DUN Kubang Rotan).

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus Md. Zain di DUN Tanjung Dawai; Ketua UMNO Bahagain Sik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (DUN Belantek), dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya (DUN Pantai Merdeka).

Hanya dua ketua UMNO bahagian dikatakan tidak tersenarai sebagai calon. Senarai calon UMNO bagi kerusi Parlimen dan DUN dijangka diumumkan hari ini. - UTUSAN ONLINE

19 comments:

  1. difahamkan BN akan membariskan muka-muka baru sebanyak 50 peratus daripada 505 kerusi negeri yang dipertandingkan

    ReplyDelete
  2. dan 1/3 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  3. Menurut sumber, perubahan calon BN ini adalah yang paling drastik dalam sejarah sejak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan mandatnya pada 1982.

    ReplyDelete
  4. Sebelas peratus daripada calon BN pada Pilihan Raya 2013 adalah wanita, kata sumber lagi.

    ReplyDelete
  5. “Di peringkat negeri, bilangan muka-muka baru adalah 49 peratus. Ini adalah untuk memenuhi permintaan daripada pengundi bahawa BN dan Umno bersedia untuk perubahan,” kata Najib pada sidang akhbar selepas menyerahkan senarai calon di ibu pejabat Umno di sini.

    ReplyDelete
  6. Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama BN iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  7. Najib berkata objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.
    Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera.

    ReplyDelete
  8. BN mengotakan janji untuk melakukan perubahan dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila menampilkan 33 peratus muka baharu bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ReplyDelete
  9. Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum, BN menampilkan sehingga 73 calon baharu bagi kerusi Parlimen dan 247 muka baharu kerusi DUN selepas dikejutkan dengan tsunami politik pada 2008 yang menyaksikan parti itu gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  10. Perubahan paling ketara di negeri-negeri yang menyaksi BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila sebahagian besar muka baharu ditampilkan dengan membawa imej sebagai calon boleh menang, bagi merampas semula kerusi yang terlepas pada 2008.

    ReplyDelete
  11. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu menyifatkan barisan calon kali ini adalah terkuat bagi memenuhi kehendak serta jangkaan pengundi yang mahu melihat apakah UMNO dan BN sudah bersedia untuk melakukan perubahan serta pembaharuan.

    ReplyDelete
  12. Beliau yang menamakan senarai tersebut sebagai 'Pasukan Transformasi BN' juga yakin, barisan calon kali ini mampu memenuhi aku janji parti, sekali gus membantu kerajaan BN menjayakan Dasar Transformasi Nasional jika diberi mandat dengan majoriti yang besar pada 5 Mei nanti.

    ReplyDelete
  13. Beliau turut memperincikan kriteria calon Parlimen iaitu sehingga 91 peratus calon memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma dengan 31 peratus merupakan golongan profesional termasuk dalam kalangan ulama.

    ReplyDelete
  14. Penentuan senarai calon untuk pilihan raya umum kali ini adalah satu proses yang panjang kerana melibatkan banyak sesi perundingan antara parti komponen serta pengerusi-pengerusi BN negeri bagi disesuaikan dengan sentimen serta jangkaan pengundi.

    ReplyDelete
  15. Najib menjelaskan, bagi mereka yang tidak terpilih termasuk dalam kalangan anggota Kabinet sebelum ini bukan bererti pemimpin berkenaan gagal, bermasalah atau ada kepincangan tetapi keadaan semasa menuntut perubahan dengan laluan harus diberi kepada muka-muka baharu.

    ReplyDelete
  16. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN telah memuktamadkan calonnya yang "terkuat dan terbaik" bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  17. Beliau yang juga pengerusi BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di peringkat DUN.

    ReplyDelete
  18. Menurutnya lagi, 91 peratus calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma ke atas.

    ReplyDelete
  19. Umumnya saya yakin, ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.