`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2013

TV1 TIDAK PEKA SENSITIVITI RAKYAT SABAH




Saudara Pengarang,
SEJAK Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, pemimpin Malaysia sedaya upaya mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Di era pemerintahan Datuk Seri Najib pun kesinambungan mewujudkan perpaduan semakin ketara dengan laungan 1 Malaysia. Namun di peringkat rakyat, fahaman masih lagi kurang kerana unsur ‘berpuak-puak’ belum hilang entah kenapa.
Saya harap Kementerian Penerangan melalui saluran berita perdana TV 1 lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyatan kerana maklumat yang diberikan boleh disilap tafsirkan oleh rakyat Malaysia yang berlainan bangsa, agama, tahap pendidikan dan latar belakang.

Sila lihat gambar di atas. Diharapkan TV 1 dapat menjaga sensitiviti rakyat Sabah agar ia tidak dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.

[Artikel ini BUKAN bersifat hasutan kerana ia memenuhi kehendak SEKSYEN 3.(2)(C)(i) AKTA 15 – AKTA HASUTAN 1946.]

Yang Ikhlas,

BENJY STANIS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.