`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 4, 2013

TV3 edit kenyataan Najib yang salah sebut tarikh itu...



Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen.

Apa yang disebut oleh Najib ialah “Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012”.

Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi..

Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir.

Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube..

Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja..

Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen..



Rakaman video Najib yang tersalah menyebut tahun kerana gelabah bila menyedari sukar baginya untuk mengekalkan kuasa itu sila lihat di sini:




-ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.