`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 29, 2013

UMNO seekor Kertas Harimau.



Bila Najib tun Razak kata BN akan menang 2/3 kerusi parlimen, ramai kawan2 berkata; apa yang dia nak kata lagi. Takkan dia kata BN kalah? Jadi, kenyataan nya tidak menghairankan.

Tapi yang kita tahu ialah: Najib can kiss goodbye to impian nya menawan Selangor. Dua sebab. (1) pertama rakyat sudah dapat menilai pentadbiran kerajaan PR di Selangor. (2) kiss of death kepada impian menawan Selangor muncul bila Mohd bin Mohd Taib- bekas ketua penerangan UMNO Malaysia, bekas MB Selangor yang banyak network nya dan bekas naib presiden UMNO keluar dari UMNO. Sekarang ini  Mat Tyson seorang sudah cukup untuk neutralise apa yang Najib tabur di Selangor. Nak kata Mat Taib rasuah dan menyundal, pemimpin UMNO termasuk Najib juga tidak kurang hebat nya.

Perak akan jatuh semula ke tangan PR sebab rakyat mahu menghukum UMNO dan BN kerana merampas hak mereka. Kali ini, PR akan beri pukulan maut ke BN Perak.

Kedah? Walaunpun Che Det Mursyidul am UMNO dan sekarang Daim Zainudin berkempen, mereka tak akan dapat tawan Kedah. PR akan dapat 14 dari 15 kerusi parlimen dan negeri itu akan terus di perintah oleh PAS. Rakyat kedah hanya perlu ingat satu kes sahaja- dalam zaman pemerintahan PAS pendapatan purata dari industry pembalakan untuk negeri ialah RM40juta. Masa zaman UMNO perintah, pendapatan purata hanya RM8 juta. Pemimpin UMNO balun 32 juta setahun masuk poket sendiri.

Perlis pun bergolak. 9 dari kerusi DUN mengikut Daim Zainudin berada dalam bahaya. Semua ketua bahagian UMNO nak jadi MB. Rakyat Perlis boleh selesaikan masaalah ini dengan memilih kerajaan PR. BN akan hilang 2 kerusi parlimen disana,

Pulau Pinang? Ketika Guan Eng mentadbir Pulau Pinang ada kita lihat orang Melayu mati bergelimpangan?  Bahkan kebajikan orang Melayu dan agama Islam di bela dan dijaga dengan penuh hormat. Tahun lepas Guan Eng beri RM62 juta untuk majlis agama Islam Pulau Pinang. Disetengah negeri pimpinan BN . kerajaan hanya mampu beri RM10 juta.

Ertinya, semua kerajaan di sebelah utara akan jatuh.

Negeri Sembilan berada dalam ambang jatuh ketangan PR. MB baru akan tetap orang Melayu. Yang Di Pertuan Besar tetap bertakhta.

Kelantan jangan di mimpi oleh BN. najib masuk ke negeri Kelantan tak beri salam kepada kerajaan Negeri dan mengumumkan 7 dosa besar yang PAS lakukan. Siapa Najib yang nak kata orang lain dosa atau tidak?

Negeri Terengganu akan jatuh ketangan PR. PR akan rampas 5-6 kerusi parlimen. Rakyat Terengganu mesti ingat Najib lah yang hijack Terengganu Investment funds dan gasak duit yang patut pergi kerakyat Terengganu dan mengujudkan 1MDB. Duit royalty minyak Najib balun dan masuk dalam 1MDB sebab dia boleh control penggunaan wang dan dana 1MDB. Ini kerja Najib- balun duit rakyat dan tipu dan menakutkan rakyat terutama orang Melayu.

Di Pahang, BN akan hilang banyak kerusi DUN. Saya lihat BN akan kalah di Teriang, Damak, Ketari, Sabai, Dong, Teras, Tanah Rata, Beserah, Teruntum, Semambu, Inderapura, Tanjung Lumpur, Bilut, Tahan. BN akan kalah antara 5-7 kerusi parlimen. Kita akan mengejutkan BN Pahang.

Di Johor, Ghani Osman sebetulnya menerima hukuman mati oleh puak UMNO yang merancang menyingkirkan nya. BN akan kalah dibanyak kerusi parlimen bermula dari Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Bakri, Pasir Gudang, PUlai, Kulai, Parit Sulong, Batu Pahat, dan banyak lagi. Jika PR menang, sudah pasti Salahudin Ayub jadi MB. Orang Melayu tetap akan melihat orang Melayu jadi MB, agama Islam terus terbela dan institusi Raja Melayu tetap di perlihara.

Bila Najib kata Sabah masih lagi FD BN, itu ertinya Sabah sudah jatuh ketangan PR.

Mana ada negeri yang selamat untuk UMNO dan BN?

Mungkin kerana banyak duit yang ditabur, atau imej UMNO dan BN dibentuk melalui media- billboards yang melata dipasang disepanjang lebuhraya( bayangkan berapa puluh juta UMNO habiskan untuk membayar billboards) , melalui TV yang mereka kuasai, dan akhbar yang UMNO kuasai, maka Najib merasakan bahawa UMNO akan menang 2/3. Memang memang suka tengok cermin berjam jam sehari dan kata aku yang paling hensem di Malaysia.

Kita akan lihat penghukuman rakyat keatas rasuah dan kezaliman yang UMNO lakukan selama 55 tahun. Apa yang UMNO boleh buat dalam masa 5 tahun yang gagal mereka lakukan bila ada 55 tahun?

Yang mereka capai ialah seperti yang di nyatakan oleh Mursyidul am UMNO, Dr Mahathir Mohamad, setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu masih mengemis dalam negara mereka!. Jika 54 billion saham melalui DEB di agihkan pada kadar RM1 juta seorang, kita patut ada 54 ribu jutawan Melalyu.

Mana mereka?  Saham tersebut dibalun oleh puak2 UMNO.

Posted by sakmongkol AK47 

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU FITRIANI TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.