`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2013

UMNO semakin punah???...........


[TIDAK DICALONKAN] Wanita UMNO kata PENGHINAAN Kepada Wanita

Jika Pintu DITUTUP Pertimbang Calon BEBAS?


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menegaskan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak diabaikan dalam senarai calon pergerakan itu kerana beliau telah dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan.

Namun, Datuk Kamilia menolak tawaran itu kerana bertegas mahu dicalonkan di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. 


Kepada pemimpin UMNO lain yang tidak dicalonkan, Datuk Seri Najib menasihatkan supaya mereka bertenang kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, jika tidak ada yang memberi laluan maka tidak ada perubahan kelak.


Wak heran juge kenape Najib sanggup berbuat demikian, Datuk Kamilia Ibrahim ni kan ke orang nombor due mengikut hairaki kepimpinan Ketue Wanite UMNO. Semase Shahrizat di lucutkan jawatan menteri nye  tempoh hari sepatutnye Najib melantik nye (Datuk Kamaliah) sebagai ganti.

Malang nye Najib enggan berbuat demikian, sebalik nye Najib sendiri yang ambil tugas jawatan menteri yang sepatut nye di serahkan kepade Naib Ketue Wanite UMNO. Nampak nye si Najib ni memang nye busuk hati dan tamak kan jawatan.

Sekarang dah jelas dan nyate Najib tidak gemarkan Datuk Kamaliah ni, die di turunkan dari kerusi parlimen kepade kerusi DUN aje. Kalu ade cadangan die di lantik jawatan MB Perak tak pele, ni idak, sengaje nak singkirkan nye dari menduduki ape2 jawatan menteri.

Mungkin ade juge komplot sengaje nak halang Datuk Kamalia dari terus bertanding merebut jawatan Ketue Wanite UMNO, dan ade kemungkinan selepas PRU nanti Najib akan melantik semule Shahrizat ke jawatan menteri melalui lantikan senator. Ini cume andaian dari Wak saje. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.