`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2013

Video "sex" skandal Kementerian Pertahanan Terdedah.....




Kementerian Pertahanan telah membuat kontrak pembelian 257 buah kenderaan berperisai-beroda 8x8 (AWV) daripada Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) yang berjumlah RM8 bilion. Deftech telah mengaku bahawa mereka hanya di peringkat membangunkan prototaip, iaitu dalam keadaan belum siap lagi. Ya, RM 8 billion untuk prototaip! Deftech adalah anak syarikat DRM Hicom, kroni Barisan Nasional.



Negara kita membeli kenderaan bukan tempur pada RM31.1 juta setiap satu, harga yang lebih tinggi bukan sahaja daripada kenderaan bukan tempur yang dibeli oleh negara-negara lain, malahan lebih tinggi daripada harga tangki pertempuran yang terbaik di dalam kelasnya!

Bandingkan pula dengan perbelanjaan ketenteraan negara lain: 

- Tentera Portugis membeli Pandur II 8x8 berperisai dengan harga hanya sekitar RM4.41 juta setiap satu. 
- Versi terbaru Piranha III 8x8 kenderaan perisai beroda yang dibangunkan oleh Swiss MOWAG GmBH pada kos hanya RM3.9 juta setiap satu. - Pengeluar peralatan ketenteraan terbaik, General Dynamics Land Systems Kanada, salah satu pengeluar kenderaan dan peralatan kententeraan terbaik di dunia, menjual Kenderaan 724 (LAV) atau setaraf dengannya, hanya pada harga RM9.9 juta setiap satu. 
- Walaupun tangki pertempuran yang terbaik-dalam-kelas utama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, M1 Abrams M1A2, digunakan secara meluas di Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan Australia; kos peralatan tersebut hanyalah RM19.8 juta setiap satu.

Berlainan pula di Malaysia, negara kita membeli kenderaan bukan tempur pada RM31.1 juta setiap satu, harga yang lebih tinggi bukan sahaja daripada kenderaan bukan tempur yang dibeli oleh negara-negara lain, malahan lebih tinggi daripada harga tangki pertempuran yang terbaik di dalam kelasnya!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

-kedahlanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.