`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 3, 2013

Zul Noordin tuding jari pada Pakatan


Beliau menyalahkan Pakatan Rakyat berhubung isu klip video ucapannya yang menghina penganut agama Hindu.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia  Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi menegaskan permohonan maafnya secara terbuka kepada masyarakat beragama Hindu berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.
“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.
“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau sebaliknya menyalahkan parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.
Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.
Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, semasa dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud, ekstremis, dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.
‘Saya boleh jadi pelampau’
“Saya terpengaruh dan boleh jadi pelampau…tetapi mereka (Pakatan Rakyat) menyembunyikan hakikat siapa yang mengajar penyokong jadi begini.
“Ini merupakan amalan mereka, dari dulu kini dan selamanya amalan cauvinis, ekstremis dan menghalalkan tindakan demi politik sendiri.
“Pengaruh mereka sangat kuat sehingga saya yang berpendidikan undang-undang di Eropah juga boleh percaya,” katanya.
Percaya video tersebut sengaja diolah semula dan sengaja mengaitkannya dengan Perkasa dan Barisan Nasional (BN), Zulkifili berkata pembangkang sengaja mengalihkan isu tersebut daripada isu video seks yang terpalit dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  termasuk konflik dalaman parti membabitkan perebutan kerusi.
Beliau turut membangkitkan persoalan beberapa tindakan Pakatan  yang memainkan isu sentimen perkauman dan agama sejak dulu lagi.
Antaranya menurut Zulkifili kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada tahun lalu yang mengaitkan perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, perobohan kuil oleh kerajaan Pakatan di Selangor serta penghinaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada N Gobalakrishnan dengan gelaran ‘pariah’.
Sehubungan itu Zulkifili mendesak supaya Pakatan menghentikan tindakan memusnahkan kuil dan memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana menggelarkannya dengan panggilan sedemikian.
“Persoalannya, siapa yang menghina penganut Hindu?
“Saya menyeru kepada semua penganut Hindu supaya menolak amalan cauvinis, amalan jumud pembangkang dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media Mursidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip serta Ahli Majlis Syura TIBAI Ng Lum Yong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.