`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 3, 2013

Zul Nordin Tertangkap Menipu



Minggu lepas terdedah video Zul Nordin mengajuk serta mempermainkan agama Hindu. Video tersebut boleh dilihat di bawah atau klik di sini.

Video tersebut telah mengundang bala kepada Zul Nordin khasnya dan kepada UMNO amnya kerana Zul Nordin adalah Naib PResiden PERKASA, sebuah NGO yang dipandang sebagai sayap UMNO. Maka, apabila buruk nama PERKASA, buruklah nama UMNO.

Walaubagaimanapun, secara terburu-buru Zul Nordin telah meminta maaf. Namun, dalam permintaan maaf tu pun, sempat jugak si Zul Nordin ni memfitnah PAS.

Dia kata dia buat kenyataan tersebut sewaktu dia menjadi ahli PAS.

Cumanya, dalam video tersebut, Zul Nordin telah membuat rujukan kepada patung Murugan di Batu Caves. Beliau merujuk kepada patung Murugan sebagai sebahagian dari ajukan dan permainan beliau terhadap agama Hindu.

Di sinilah terdedah nya pembohongan si Zul Nordin ini.

KLIK IMEJ
Mengikut laporan MSTAR Online, (rujuk sebelah)patung Dewa Murugan hanya siap pada tahun 2006.

Pada tahun 2006, Zul Nordin telah selamat dipecat dari PAS kerana melanggar keputusan dan disiplin parti.

Dia telah bertanding di atas tiket PKR tanpa kebenaran dari pihak AJK PAS Pusat sekaligus keahlian beliau dilucutkan dari PAS kerana itu. Beliau bertindak begitu ekoran nama beliau tidak dipersetujui Majlis Syura Ulama PAS  sebagai calon pilihanraya. Khabarnya berkaitan dengan masaalah akhlak.

Ertinya, mana mungkin ceramah Zul Nordin ini dibuat waktu beliau di dalam PAS. Mustahil sama sekali. Jelas Zul Nordin ni pembohong dan penipu punya kaum.

ISLAM MENGHARAMKAN UMATNYA MENGHINA TUHAN AGAMA LAIN

Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut:

‏وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدْوًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍۢ ۗ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

(6:108)  Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mrk sembah selain Allah, krn mrk nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mrk. Kemudian kpd Tuhan mrklah kembali mrk, lalu Dia memberitakan kpd mrk apa yg dahulu mrk kerjakan.

Ertinya Zul Nordin ini adalah seorang yang jahil agama dan buta agama. Dia berbuat perkara yang jelas dilarang oleh Allah SWT.

Inilah padahnya seorang manusia yang menjual agama untuk menaikkan nama dan diri sendiri. Segala tindakan beliau yang dibuat atas nama agama akhirnya memakan diri beliau sendiri.

Syukur lah Zul Nordin sudah tiada lagi di sisi perjuangan Islam


TULANG BESI


ps mungkin PAS dan PR patut berterima kasih dgn Zul Nordin kerana tindakan beliau ini menaikkan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat lebih lebih lagi tiada tindakan diambil ke atas beliau sehingga hari ini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.