`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 12, 2013

Berapa Lama dan Berapa Banyak Lagi Melayu-Bumiputera Harus Berkorban dan Dikorbankan?


17.03.08 SMJK Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan - meDalam Islam, antara adab keduniaan yang diajarkan ialah, umat Islam perlu mendahulukan sesama sendiri terlebih dahulu. Umat Islam amat digalakkan mengurangkan pergantungan kepada kaum lain. Bahkan sistem ekonomi Islam yang seringkali disamakan dengan sistem SOSIALIS tertutup, juga melebihkan umat Islam berbanding umat lain.
Dari sekecil-kecil barangan dan perkhidmatan sehinggalah sebesar-besarnya, umat Islam perlu memantapkan ekonomi umat bagi memastikan kuasa umat berada pada tahap tertinggi. 
Pada zaman-zaman keemasan era Islam, dari Andalusia sehinggalah ke tanah Maluku, umat Islam menguasai ekonomi serta jalan dan laluan perdagangan. Umat Islam, terutama sekali yang berbangsa Arab, selain daripada berniaga dan berdagang, turut mengembangkan dakwah di mana-mana sahaja mereka singgah. 
Begitu juga dengan umat Melayu yang menghuni kepulauan Nusantara. Suku-suku kaum yang kecil dan bertebaran, disatukan dengan Islam dan di Malaysia mereka dikenali sebagai Melayu sungguhpun mereka terdiri daripada Banjar, Jawa, Acheh, Kadazan, Iban, Murut, Dusun, Batu Bara, Minangkabau dan sebagainya. Bahkan Cina dan India kemudiannya, turut dikenali sebagai Melayu apabila mereka memeluk Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu serta berbahasa Melayu. Manakala bagi golongan yang tidak memeluk Islam tetapi bercakap dan bertoleransi dengan adat Melayu pula digelarkan sebagai Peranakan. 
Perdagangan menjadi nadi utama empayar-empayar Islam. Penguasaan dan monopoli beberapa bahan mentah yang amat diperlukan oleh dunia, juga berada di tangan orang Islam. Namun bermula daripada kejatuhan Granada ke tangan Isabella dan Ferdinand di Sepanyol, Islam tidak lagi menjadi penguasa. Jajaran perdagangan mulai dikuasai oleh musuh Islam. Bahkan kegemilangan Islam telah pun dipadamkan dari rekod-rekod sejarah. 
China mulai diangkat sebagai pemangkin ketamadunan dunia. Apa-apa sahaja kemajuan dan perintisan, semuanya dikatakan berasal dari China. Sehinggakan tulisan terawal juga dikatakan berasal dari China. China dilihat sebagai sebuah tempat besar yang menyediakan pelbagai ketamadunan dan kemajuan. Tempat-tempat lain di seluruh Asia tidak setanding langsung dengan China.
Orientalis merupakan pelapor yang membesar-besarkan cerita berkenaan. Orang Melayu di wilayah-wilayah Nusantara diingatkan yang mereka tidak lebih baik daripada China yang menurut Orientalis telah bertamadun ribuan tahun berbanding orang Melayu yang hanya berkolek, berkemban dan berkaki ayam, malah ada yang tinggal di atas pokok. 
Semuanya dilakukan oleh Orientalis dan penjajah bagi menghalalkan kemasukan buruh-buruh China yang sedang melarikan diri daripada kebuluran, kemiskinan dan kedaifan di tanah asal mereka. Walaupun yang mula-mula menemui bijih timah di Tanah Melayu adalah Long Jaafar, antara pewaris kerajaan Empayar Kedah Tua yang akhirnya hanya mendapat Larut Matang-Selama sebagai wilayahnya, tetapi yang menjadi penguasa kemudiannya dengan bantuan penjajah adalah taukeh-taukeh dari China yang didalangi oleh kepala-kepala kongsi gelap.
Selepas menguasai pengeluaran bijih timah dan getah, kaum pendatang yang dibela oleh penjajah kemudiannya menguasai perbankan pula. Bank-bank saudagar ditubuhkan di serata tempat yang mereka kuasai seperti Kuala Lumpur dan Ujung Pasir.
Apabila negara ini mulai bersedia untuk berkerajaan sendiri, kaum Cina yang sudah senang-lenang dengan perlindungan penjajah British, cuba meraih kerakyatan dari negara penjajah tersebut. Hanya sebilangan sahaja yang diterima sebagai rakyat Britain secara automatik mengikut peraturan Komanwel, manakala sebahagian besar yang lain, diberikan pilihan sama ada pulang semula ke negara asal mereka atau pun menjadi rakyat negara yang akan merdeka ini.
Sekali lagi Raja-Raja Melayu dipujuk memandangkan bagi orang Melayu dan Bumiputera negara ini, Raja-Raja Melayu adalah kepala mereka. Setelah Raja-Raja Melayu diminta mengorbankan tanah untuk Rancangan Briggs menubuhkan perkampungan-perkampungan baru yang menghentikan bekalan makanan, kewangan, perubatan dan sokongan kepada pengganas komunis yang terdiri daripada orang Cina sendiri, sekali lagi Raja-Raja Melayu diminta berkorban dengan menerima kaum pendatang sebagai rakyat mereka demi sebuah kemerdekaan yang diimpikan oleh rakyat negara ini.
Pengorbanan besar yang dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu sendiri, sebenarnya tidak dihargai oleh kaum berkenaan. Mereka memulakan kempen menghapuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mereka juga mengaktifkan kempen menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan mereka juga mempersoalkan keistimewaan agama Islam di negara ini.
Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan demi sebuah negara yang bernama Malaysia. Pengorbanan tersebut hanya dilakukan oleh orang Melayu dan Bumiputera. Namun PRU13 menyaksikan dan menyimpulkan bahawa segala pengorbanan serta keistimewaan yang diberikan kepada mereka, sebenarnya hanya sekadar sebelah pihak.
Berbanding memberikan kerjasama atau bersungguh-sungguh untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat negara ini kerana mereka asalnya adalah tetamu yang dilayan baik, sebaliknya mereka pula yang meminta segala-galanya dari tuan rumah. Berbanding memberikan kerjasama dan terlibat secara aktif dalam perpaduan nasional sepertimana yang diimpikan oleh sebilangan besar rakyat Melayu, mereka sebaliknya lebih senang memencilkan diri dengan KECINAAN mereka yang amat tebal.
Sekolah Cina, Kebudayaan Cina, Bahasa Cina, bahkan Agama Cina semakin menjadi-jadi. ­­Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal untuk memastikan sistem pendidikan satu aliran, ditentang dengan sekuat-kuatnya.
Takut undi Cina tidak akan berpihak kepada Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, menyebabkan segala dasar yang digubal, DITUNDA sehingga ke hari ini.
Hari ini, Dasar Pelajaran Kebangsaan bukannya semakin didekati, bahkan semakin dijauhi. Apatah lagi dengan gula-gula pilihanraya yang memberikan seribu satu macam kelebihan kepada sistem pendidikan Cina bahkan melebihi daripada apa yang diberikan kepada sekolah-sekolah kebangsaan, membuatkan sebilangan besar mereka besar kepala. Ditambah pula dengan ketakutan terhadap desakan serta hasutan DAP, membuatkan sebilangan besar pemimpin Barisan Nasional berpendapat mereka perlu menurut kalau tidak mahu kalah dalam pilihanraya-pilihanraya seterusnya.
Begitu juga dari segi ekonomi. Terlalu banyak pengorbanan dilakukan dan keistimewaan diberikan hanya semata-mata untuk tidak mahu dikenali sebagai RASIS. Tolak ansur keterlaluan tersebut tidak dihargai dan disyukuri sebaliknya lebih banyak pula yang diminta hanya dengan pandangan bahawa Melayu dan Bumiputera tidak berkeupayaan dan tidak berkemampuan.
Sekarang, hasil telah ditunjukkan. Pengajaran telah diberikan. Terpulanglah kepada pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO dan parti-parti berasaskan Bumiputera untuk bertindak, sama ada mereka masih lagi menagih simpati dan undi mahupun sokongan daripada bukan Melayu-Bumiputera, ataupun mereka akan mula mengubah struktur dan trend tersebut agar sokongan kepada mereka pula tidak berkurangan atau hilang? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.