`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 2, 2013

KG SUNGAI PUKUL SEMAKIN TERPUKUL




AIR KOTOR.....Calon STAR, Jeffry menunjukkan perigi yang menjadi sumbar utama penduduk Kg Sg Pukul untuk mendapatkan bekalan air minum dan mandi yang bercampur lumpur. Di mana Muis Picho?

OLEH: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEBATIK : Kampung Sungai Pukul, 20 batu nautika dari Bandar Tawau yang mempunyai penduduk seramai 300 orang yang menghuni 80 buah rumah, terlalu daif dan mundur prasarana kerana sentuhan kecundang Wakil Rakyat.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net, kami sempat menemui seorang penduduk kampung, Rahi Bin Ummahil, 64, yang menjelaskan bahawa kampung ini telah terketinggalan jauh sejak merdeka.
"Jangankan harapkan air paip, perigi yang kami galipun seperti milo. Kami tidak pernah nikmati kemerdekaan walaupun tercatat dalam sejarah Sabah Merdeka pada 1964," kata Rahi yang turut memaklumkan kampung mereka tidak mempunyai prasarana awam, malah dipinggirkan serba serbi.

Tambahnya lagi, Muis Picho yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Sebatik bukan gagal bangunkan kampung tetapi bersikap pilih kasih sehingga banyak kampung terketinggalan.

WAWANCARA.....Rahi menceritakan hal sebenar yang berlaku di Kg Sg Pukul yang terlalu miskin untuk menikmati kemudahan asas.

“Kami penduduk di kampung ini bukan anti kerajaan Barisan (BN) tetapi kami tidak suka Muis Picho di calonkan semula sebagai Wakil Rakyat kerana terlalu lembab. Oleh kerana kami tiada pilihan lain, maka kami terpaksa mengundi calon STAR,” tegasnya.

“Kami yakin sekiranya rakyat di kawasan DUN sebatik satu hati untuk memberi mandat kepada calon STAR sudah pastinya kawasan ini akan berubah wajah, terutama sekali pembinaan jeti Sebatik dan pembinaan perigi (Gravity).

"Kami tidak tahan sudah kerana setiap hari minum air dan mandi bercampur lumpur sedangkan Muis Picho menggunakan air bertapis untuk mencuci kereta dan menyiram pokok bunga?" tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.