`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

nah BG1M - Bantuan Getah 1 Malaysia laa pulak...!!!



RM500 ringan beban penoreh
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mei 2013
RM500 ringan beban penoreh
Kelihatan sebahagian penoreh menyemak nama mereka bagi menerima wang bantuan itu.
BALING - Kejatuhan harga getah ternyata memberikan kesan kepada penoreh terutama mereka yang hanya bergantung rezeki kepada sumber getah itu.

Sehubungan itu, bantuan khas sebanyak RM500 kepada setiap penoreh getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) ternyata mengurangkan beban mereka.

Timbalan Pegawai Risda Daerah Baling, Jamil Ahmad berkata, seramai 7,900 penoreh getah di Baling layak menerima bantuan khas itu.

Menurutnya, bantuan diberikan secara berperingkat dan semua penoreh dijangka mendapat manfaat berkenaan sebelum 31 Disember tahun ini.

“Kini, sekilogram getah hanya mencecah RM2.80. Nilai ini sememangnya merunsingkan.  Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan wang itu kepada 1,000 penoreh getah di Pejabat Risda Baling baru-baru ini.

Penerima, Ayob Mat, 64, dari Kampung Ulu Tawar berkata, dia menghargai inisiatif kerajaan yang prihatin masalah penoreh getah.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapatlah tampung duit barang dapur.

"Pakcik berharap kerajaan meneruskan usaha ini agar dapat terus membela kebajikan rakyat.

“Pakcik bersyukur, tapi, pada pandangan pakcik, lebih baik kerajaan sediakan tanah kepada rakyat. Boleh tanam macam-macam. Bukan getah sahaja.

Kalau harga getah jatuh, kita ada tanaman lain,” katanya.

Sementara itu, Siti Minah Md Piah, 76, dari Kampung Padang Geh berkata, dia amat menghargai wang bantuan yang diberikan itu.

“Maklumlah, harga getah jatuh merudum. Sekilogram tidak sampai RM3.

"Memang teruk, jadi, tok memang bersyukur sangat dan berharap bantuan macam ini diteruskan dan ditambah pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Di Kedah, seramai 30,600 penoreh getah menerima manfaat berkenaan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.