`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

PAS nafi surat keluar Pakatan


Marilah kita takut kepada Allah atas azabNya kerana menyebarkan fitnah yang begitu jelas itu, kata Datuk Dr Haron Din.
PETALING JAYA: PAS menafikan dakwaan Majlis Syura mengeluarkan satu surat mengarahkan ahlinya tidak mengundi calon lain selain PAS serta menggesa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (Pakatan).
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, surat berkenaan yang kononnya dikeluarkan pada 2 Mei lalu dan ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali adalah palsu.
“Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Haron yang juga calon PAS Parlimen Arau berkata, Majlis Syura tidak ada agenda untuk mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama) yang sudah dimeterai oleh PAS dengan Pakatan.
“Saya meminta semua ahli dan rakyat tidak percaya kepada fitnah itu dan marilah kita takut kepada Allah atas azabNya kerana menyebarkan fitnah yang begitu jelas itu.
“Saya juga mengajak semua rakyat marilah kita mengundi PAS dan Pakatan dalam pilihan raya esok,” katanya.
Surat itu juga mendakwa PKR dan DAP selama ini dilihat tidak memberi sebarang keuntungan kepada PAS sebaliknya membawa kepada perpecahan dalaman parti itu sendiri.
Menurut surat tersebut, semua ahlinya perlu mematuhi arahan surat tersebut supaya agenda asal PAS untuk membangunkan negara Islam dapat diteruskan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.