`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 13, 2013

PEMBANGKANG TAK BACA PERKARA 118???



Rakyat perlu tahu, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihanraya boleh memfailkan petisyen pilihanraya di Mahkamah Tinggi.

Pada 5 Mei yang lepas melalui Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) 85% rakyat telah buat keputusan melalui peti undi di bawah sistem pilihanraya yang berlandaskan kepada perlembagaan negara.

Semua undang-undang pilihanraya telah dibukukan dan dibaca oleh semua cerdik pandai di negara ini. Baik peguam mahupun pemimpin politik semua membaca buku yang sama.

Jika mana-mana pihak  tidak puashati dengan keputusan pilihanraya dan mahu mempertikaikannya, undang-undang juga menyebut, gunakanlah saluran undang-undang, iaitu mahkamah. (rujuk Artikel 118).

Lepas 21 hari keputusan diwartakan, kumpulkan bukti, bariskan segala peguam yang terbaik, berhujahlah di mahkamah daripada meraung memekik sana sini kata tak puashati dengan keputusan.

Apa akan jadi kepada proses demokrasi di negara kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar  rakyat, generasi muda kita melanggar undang-undang. Sepatutnya pemimpin bimbing mereka supaya mematuhi undang-undang…

Pilihanraya telah selesai dan rakyat telah membuat keputusan. 

Yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang! 

1 comment:

  1. Demokrasi bererti mengundi secara hak siapa yang di pilih.
    Sebelum undi, dinyatakan "undi hak anda".
    Akan tetapi apabila rakyat telah mengundi memilih mengikut hak, keputusan nya pulak dipertikaikan oleh siapa????
    Ketidakpuasan sesuatu pihak itu lah yang tidak menghurmati erti demokrasi.
    Cuba bandingkan pilihanraya di AS dan negara asia saperti di timor tengah, pakistan dll.
    Apa kah reaksi tindakan selepas keputusan diumumkan?
    Adakah pencapaian status negara maju bertindak begini?
    Yang penting, hak pengundi harus dihurmati,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.