`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 18, 2013

ADUN SOKONG KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT



BINCANG......Lajim (kanan) berbincang sesuatu dengan ADUN pembangkang, Christina Liew dan lain-lain rakan seperjuangan.

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah menyokong cadangan untuk menaikkan gaji wakil rakyat di negeri ini selaras dengan arus perkembangan ekonomi semasa.

Bagi Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenaikan gaji itu seharusnya dipertimbangkan bagi memenuhi kehendak rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan yang diwakili.
“Saya bersetuju jika ada cadangan untuk menaikan gaji Adun di Sabah kerana rakyat sekarang mahu kami (wakil rakyat) bekerja lebih gigih dan membantu membela nasib mereka.

Kenaikan ini perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa dan walaupun tidak naik seperti di Sarawak, sekurang-kurang 100 peratus sudah cukup memadai,” katanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

Pada Mei lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan kenaikan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri itu, sebanyak kira-kira tiga kali ganda.


SERIUS...... Ghulamkhan Bahadar (Kawang) dan Haji Musbah Jamli (Tempasuk) berlihat begitu serius sebelum sesi pertama DUN Sabah ke14 bermula.

Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Adun Lumadan yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi berkata cadangan kenaikan itu perlu dikaji bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang mendapat pembelajaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Sabah yang juga Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan itu sama ada bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun tidak.

“Kenaikan gaji Adun akan membabitkan wang cukai rakyat tetapi jika ia bersesuaian sudah tentu kita akan menyokong cadangan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.