`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 29, 2013

KHN sahkan persaraan Singham

Ketua Hakim Negara berkata Hakim Mahkamah Tinggi itu memilih untuk bersara pada usia 65 tahun.
PUTRAJAYA: Adalah wajib bagi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham bersara pada usia 65 kerana beliau telah memilih berbuat demikian ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66 tahun, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.
Beliau berkata apabila umur persaraan wajib hakim dinaikkan, semua hakim diberi borang untuk membuat pilihan sama ada bersara pada usia 65 atau melanjutkannya sehingga 66 tahun.
Ariffin berkata perkara itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan beberapa tahun lalu yang menaikkan usia persaraan hakim daripada 65 tahun kepada 66.
“Semua hakim, kecuali V.T. Singham, memilih untuk bersara pada usia 66. Sehubungan itu usia persaraan wajib beliau ialah pada 65,” kata Ariffin ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga menambah perkara itu merupakan proses biasa persaraan.
“Semua hakim diberi borang pilihan untuk menyatakan mereka mahu bersara pada usia 65 atau 66. Anda tidak boleh paksa mereka bersara pada usia 66,” katanyamengulas mengenai persaraan Singham itu.
Singham bersara hari ini yang merupakan hari jadi ke-65 beliau.
Dua hari lepas beliau membuat penghakiman yang tidak memihak kepada polis dan kerajaan berhubung kes kematian tahanan A. Kugan pada 2009.
Ariffin berkata beliau telah menandatangani surat penghargaan yang disampaikan kepada Singham.
“Malah Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan beberapa lagi hakim mengadakan majlis perpisahan tertutup di kamar beliau (Singham)semalam,” katanya menambah beliau tidak dapat hadir pada majlis itu.
Ariffin juga berkata komuniti badan kehakiman akan mengadakan jamuan perpisahan pada 8 Julai ini untuk meraikan sembilan hakim yang bersara baru-baru ini dan Singham juga dijemput.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.