`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 28, 2013

KESILAPAN BESAR ANWAR & NURUL IZZAH DIPERBETULKAN - UNDI MAJORITI 51% !!

Nampaknya, kepimpinan pembangkang masih mahu berdegil dengan 'undi majoriti 51%' yang kononnya dimiliki oleh Pakatan Rakyat walau pun sudah banyak kali diterangkan kesilapan mereka itu.


Anak Anwar Ibrahim juga mencuba isu 'undi majoriti 51%' di dalam ucapan perbahasan beliau. Di antaranya :
Dewan mulia ini mesti sedar bahawa MANDAT MAJORITI 51% yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat – memberikan Hak dan Kuasa mewakili suara majoriti rakyat Malaysia – dengan jelas dan jitu.
Dewan harus sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah Wakil Sah untuk Majoriti Rakyat dari segi Demokrasi dan BN hanya kerajaan Minoriti. seterusnya
Jawapan mudah, Pakatan Rakyat tidak wujud secara sah dan tidak berdaftar. Barisan Nasional adalah satu gabungan parti yang sah, berdaftar dan di bawah satu logo parti.

Dan MiM percaya, Dewan yang mulia itu tidak akan sesekali mengiktiraf gabungan parti yang tiada nombor pendaftarannya sendiri! Siapa yang sebenarnya harus sedar?

Come on lah.....Nurul Izzah. Takkan anda tidak tahu perkara basic ini?

MiM harap ada ahli parlimen yang akan membidas kenyataan Nurul Izzah itu. Untuk jawapan seterusnya :
Isu undi popular yang cuba dimainkan oleh Pakatan Pembangkang bagi mewujudkan persepsi rakyat bahawa pakatan mereka dipilih oleh majoriti rakyat dalam pemilihan PRU ke 13 baru-baru ini merupakan isu dangkal malah memperlihatkan sikap pandir kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang, demikian pandangan Datuk Zulkifli Nordin.
Ini memandangkan menurut beliau yang juga bekas peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim,, asas pengisytiharan kemenangan Pakatan Pembangkang yang dimomokkan oleh Anwar kepada rakyat ialah kononnya undi popular, iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional.

“Anwar cuba untuk membohongi rakyat dan memutar-belit kenyataan bagi memperdaya dan memperbodohkan rakyat. Kita semua sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi ialah sistem first-past the-post, iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

“Sistem dan kaedah pilihanraya yang kita guna pakai ini juga digunakan di banyak negara maju lain contohnya seperti negara Britain. Kita semua sudah sedia maklum, bahawa dengan kaedah ini, jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak diterima sebagai kayu ukur kepada kemenangan parti-parti yang bertanding,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini.

Namun beliau merasa agak kesal dan kasihan kerana ada segelintir rakyat, terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar, dan kini cuba untuk menggulingkan kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya.

“Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Anwar ini merupakan satu penghinaan kepada nilai intelektual rakyat di negara ini.

“Di mana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-PAS berbanding BN adalah satu pembohongan dan putar-belit, disebabkan DAP, PKR dan PAS bertanding di atas logo yang berasingan menggunakan lambang masing-masing."

“Gabungan DAP,PKR, dan PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak wujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun,” tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar Anwar menghentikan politik sempit, jijik dan kotor ini. Anwar sepatutnya menerima hakikat bahawa majoriti rakyat telah menolak beliau dan suara rakyat ini telah pun diterjemahkan melalui PRU ke 13 baru-baru ini.

"Terimalah hakikat ini. Anwar perlu hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin oleh Datuk Seri Najib di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Bagi saya, sudah sampai masanya Anwar berundur seperti mana janjinya sebelum ini untuk menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13 ini,” akhiri beliau. - SUMBER
Seperkara lagi, Lim Guan Eng DAP juga pernah cuba memutarbelitkan statistik PRU13 dengan memberi nilai yang tidak betul di dalam blog beliau. Di antara omongan anak Kit Siang DAP itu :
Walaupun BN kalah dalam pilihanraya umum 2013, apabila BN kalah undi popular untuk pertama kali dalam sejarah negara; dengan hanyan 47% undi berbanding 53% undi popular yang diraih Pakatan Rakyat, UMNO masih lagi enggan menerima penolakan keras masyarakat terhadap politik perkauman..  
Pertama sekali, BN tidak kalah dalam pilihanraya umum 2013. BACA SETERUSNYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.