`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 6, 2013

Datuk Ambiga Dicadangkan Untuk Dilantik Sebagai Pengerusi SPR?


Datuk Ambiga Dicadangkan Untuk Dilantik Sebagai Pengerusi SPR?

KUALA LUMPUR – Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mencadangkan Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk S.Ambiga dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa cadangan itu dibuat kerana SPR memerlukan kepimpinan yang bebas, bersih dan adil untuk semua pihak seperti yang dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.

“WargaAMAN menggesa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan serta merta.

“Kita memerlukan kepimpinan SPR yang baharu. Oleh itu WargaAMAN mencadangkan Ambiga, golongan profesor, penyelidik dan bekas hakim membarisi kepimpinan SPR,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan dalam kenyataan sama turut mempertikaikan pihak polis kerana didakwa tidak mengambil tindakan meskipun banyak laporan polis dibuat berhubung dakwaan penipuan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.