`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 18, 2013

Dulu kerana tak guna Perdana dilabel tak patriotik... Sekarang?


Dulu bila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memutuskan untuk menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri, berbagai kritikan yang mereka terima. 

Meskipun Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan penggunaan kereta buatan asing itu mendapat jaminan dan khidmat yang lebih baik berbanding Proton Perdana. 

Selain itu beliau juga menegaskan kos bagi penyelengaraan bagi Proton Perdana yang telah berusia itu adalah tinggi dan adalah tidak praktikal mengekalkannya.. 

Tetapi beliau dibidas oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan juga macai-macainya kerana kononnya tidak patriotik kerana kerajaan pakatan pembangkang sanggup menggunakan kereta import berbanding kereta buatan tempatan. 

Dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak ketika itu sebagai 'mengkhianati' negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi. 

Tapi sekarang…. 

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter.

Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang. Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.  ~ The Malaysian Insider

Hah!! sekarang apa macai-macai UMNO nak kata?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.