`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 6, 2013

JEPUN PERKENAL KERETA API TERAPUNG



UJIAN .....Maglev menggunakan kuasa magnet menjalani ujian pertama di Tokyo.

TOKYO : Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam.

Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.
Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini.

Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev bakal digunakan di seluruh Jepun bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

"Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap," katanya yang dipetik dari MailOnline.

Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan.

(NOTA : Sabah lebih hebat daripada Jepun kerana masih menggunakan Kereta Api Indiana Jones yang dikuasakan dengan kaki dan tangan seperti terdapat di Tenom, Pangi.)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.