`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 4, 2013

Panas: Wakil Rakyat PKR Baru Menang, Tipu Ijazah !!


[Ini berita panas yang baru kami terima, ia berkaitan satu isu seorang wakil rakyat PKR yang baru menang telah menipu tentang kelulusan akademik beliau. Wakil Rakyat yang dimaksukan ialah Sim Chong Siang yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Teruntum pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu. Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat di dalam laman sembang sosial facebooknya hari ini. "Saudara Sim menipu Pengundi bahawa sendiri mempunyai ijazah jurutera ,tetapi sebenarnya beliau tidak pernah bersekolah tinggi pun telah dibongkarkan baru2 ini, seorang penipu terus hilang integriti dan kepercayaan layak wakil rakyat berucap dlm Sidang DUN ke?", kata Micheal Cheah, Ketua DAP Kuantan dilaman facebook beliau. Berita ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan kreadibiliti dan maruah seorang wakil rakyat yang dipilih itu. Dalam pada itu Micheal dalam kenyataan ringkasnya juga mencabar wakil rakyat terbabit membuktikan beliau mempunya ijazah dalam bidang kejuruteraan. "Jika dia jujur, sila dedahkan ijazah yang diterimanya dan dari universiti mana", katanya. Kami akan cuba mendapatkan kenyataan daripada pejabat ADUN terbabit berkenaan dengan isu ini. Apapun, rakyat yang memilih mahu seorang pemimpin yang terbaik untuk mereka. Jika pemimpin berani menipu kelulusan, maka samalah dengan apa yang berlaku kepada ramai pemimpin UMNO yang didedahkan selama ini. Laporan lanjut akan menyusul !].


- pahangdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.