`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 7, 2013

PENTINGNYA NGO DALAM POLITIK MALAYSIA




Saudara Pengarang,
DI MALAYSIA, penglibatan badan bukan kerajaan dalam proses pembangunan politik dilihat amat penting samada menyokong atau mendesak kerajaan mengenai apa sahaja tindakan yang diambil oleh kerajaan dapat diimbangi jika masyarakat merasakan tindakan tersebut dibuat tidak memberi kebaikan kepada masyarakat serta dilaksanakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja.

Pengelibatan badan bukan kerajaan dalam pembangunan politik sebagai satu platform atau asas kepada kerajaan samada menilai serta menghalusi semula setiap tindak-tinduk yang diambil oleh kerajaan harus mengambilkira pelbagai aspek demi kepentingan negara dan rakyatnya. Ini kerana apa sahaja dibuat, sudah pasti ia member impak kepada rakyat maka rakyat akan menerima kesan dari tindak tersebut.
Ini perlu dibuat atas kepentingan dan kestabilan politik kerana negara kita mempunyai masyarakat yang berbilangan kaum. Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam pembangunan Politik Malaysia.
Tujuan PRIBUMIS ditubuhkan adalah bagi menyediakan landasan untuk kaum pribumi menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik selain itu juga bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan pribumi.

Selain itu PRIBUMIS ingin memperjuangkan serta mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbagai kaum di Malaysia dan dari itu hanya dengan memahami sejarah serta menerimaan perjuangan bangsa, toleransi dan mufakat kaum pribumi serta menghormati kontrak sosial oleh kaum lain dan membangun bangsa Malaysia berasaskan acuan kita sendiri.
Antara peranan yang diperjuangkan oleh PRIBUMIS ialah mempertahankan 20 perkara dalam pembentukan Malaysia, mempertahankan hak-hak kaum pribumi, menyatupadukan kaum pribumi dengan perpaduan rakyat Malaysia dan mempertahankan Kedaulatan Negara.

Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negara maju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar dan matlamat sesebuah kerajaan.
Badan bukan kerajaan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak sivil juga badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja, pengguna dan kumpulan sasaran tertentu.

Tidak dapat dinafikan struktur badan bukan kerajaan amat diperlukan bagi memenuhi tuntutan masyarakat yang semakin kompleks justeru pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosio budaya di negara ini. Oleh itu, lebih ramai pemimpin yang altruistik diperlukan bagi membolehkan pelbagai kepentingan masyarakat berkenaan disuarakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Janganlah hendaknya badan bukan kerajaan dijadikan batu loncatan bagi mengembang dan memperluaskan pengaruh dan kepentingan individu tertentu. Masyarakat akar umbi lebih berminat dan tertarik dengan kegiatan dan falsafah badan bukan kerajaan sekiranya pandangan negatif mengenai badan bukan kerajaan itu dapat dibersihkan oleh pemimpinnya dan pada masa yang sama kegiatannya lebih sesuai dengan kepentingan masyarakat setempat dan budaya politik negara.

Sebagai kesimpulan perbincangan ini telah menjelaskan peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan poltik Malaysia.Organis jelas bahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu pembangunan kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandang dalam arus pembanguan politik yang kian dipengaruhi oleh sentimen-setimen yang sering dibangkitkan tanpa mengira atau menjaga perasaan mana-mana kaum asalkan kehendak pihak tertentu tercapai.

Penghuraian ini penting kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan bukan kerajaan mendapat keabsahan, autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhi isu politik di Malaysia. Badan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Kesimpulannya, badan bukan kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulan pekerja, pengguna dan semua etnik dengan lebih berkesan agar ia dapat memberi impak yang berterusan dalam pembangunan politik di Malaysia.

Salam Hormat,

SYED KAMALRUL SUFIAN (PNBB (Somalia),PPA,PPS)
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.