Pemujaan
Setahun sekali pada hari Maulud Nabi, penduduk Kashmir akan berpusu-pusu ke Keramat Hazratbal di Srinagar bagi melihat rambut nabi muhammad secara dekat. Rambut ini diberi nama Mo-e-Muqaddas (Rambut Rasulullah) oleh penduduk setempat. Menurut lagenda seorang lelaki bernama Syed Abdullah membawa relik peninggalan nabi ini ke India dari Madinah pada tahun 1635. Beliau mengaku cucu cicit Rasulullah dan menetap di Hyderabad. Selepas Maharaja Mughal Aurangzeb menakluk Hyderabad, harta keluarga Syed Abdullah dirampas.Syed Hamid, anak kepada Syed Abdullah berjaya menyorokkan harta paling berharga beliau iaitu rambut Rasulullah. Tetapi akibat kesempitan wang beliau terpaksa menjual rambut baginda kepada seorang peniaga kaya di Kashmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai.
Apabila Maharaja Aurangzeb mengetahui akan apa yang dilakukan oleh Syed Hamid, beliau memaksa Khwaja Nur-ud-Din Eshai untuk menyerahkan rambut Rasulullah kepada baginda, Khwaja Nur-ud-Din Eshai enggan menurut perintah dan dipenjarakan. Setelah beberapa lama Maharaja Aurangzeb menyedari kesalahan beliau dan mahu memulangkan semula rambut nabi kepada Khwaja. Malangnya beliau sudah meninggal dunia di dalam penjara. Maharaja Aurangzeb kemudian menyerahkan janggut yang dirampas beliau kepada anak Khwaja.
Pada tahun 1700, anak Khwaja, Inayat Begum membina Keramat Hazratbal bagi menyimpan rambut Rasulullah dan menanam jasad ayahanda beliau. Sejak dari hari itu cucu cicit Khwaja diberikan tanggung jawab menjaga keselamatan rambut Rasulullah
Namun pada tahun Disember 1963 rambut Rasulullah hilang secara mengejut. Kehilangan Mo-e-Muqaddas mengakibatkan berlakunya protes besar-besar di Kashmir. Penduduk setempat mahukan rambut Rasulullah dipulangkan segera ke Keramat Hazratbal. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari semula Mo-e-Muqaddas. Setelah beberapa minggu hilang, Mo-e-Muqaddas ditemui semula pada 4 Januari 1964. Tidak diketahui apa yang berlaku dan kemana hilangnya Mo-e-Muqaddas selama 9 hari.
Kini acara tahunan melihat Mo-e-Muqaddas dihadiri puluhan ribu umat Islam Kashmir yang percaya doa mereka lebih mustajab apabila dibacarakan in the presence of the holy hairs.
(p/s: harap kita dapat ambil pengajaran dari peristiwa ini. Sebagai seorang muslim yang sayang dan cintakan Nabi SAW, apa yang patut kita puja dan amal sepenuh hati adalah al-sunnah yang Baginda tinggalkan kepada kita, bukannya berlebihan di dalam memuja fizikal baginda. Moga kita dilindungi daripada amalan dan perbuatan yang ditengah agama sendiri)
Laporan asal Photoblog
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.