`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 17, 2013

Bapa dakwa pegawai JTK ‘takutkan’ anaknya

Faudzil Harun mendakwa pegawai Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan `menakut-nakutkan' anaknya yang membuat aduan mengenai majikan tidak membayar gaji.
PETALING JAYA: Seorang warga tempatan mendakwa  pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Wilayah Persekutuan ‘menakut-nakutkan’ anaknya yang membuat aduan mengenai majikan tidak membayar gaji.
“Anak saya Yasmin Suraya berjumpa seorang pegawai di bilik runding cara dan beberapa kali menakut-nakutkannya.
“Jika terlalu agresif membuat tuntutan, takut majikan tidak akan membayar gaji.
“Dah bersedia ke, jangan nanti bila majikan lawan kembali tidak boleh jawab,” kata Faudzil Harun.
Beliau juga mendakwa, pegawai tersebut berbual perkara yang tiada kaitan dengan kes, selain memberitahu bahawa Yasmin telah tersilap pilih kursus pengajian di IPT.
Faudzil berkata demikian dalam suratnya kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Mohd Jeffrey Joakim, mengadu beliau tidak puas hati dengan perkhidmatan jabatan itu.
Beliau menulis berdasarkan pengalaman beliau serta anaknya Yasmin Suraya membuat tuntutan upah yang tidak dibayar oleh majikan.
‘Emel tiada respon’
“Yasmin menghantar emel aduan ke JTK di Subang Jaya, Selangor. Setelah tidak mendapat respon dalam tempoh tiga hari, pengadu membuat panggilan telefon dan diberitahu perlu hadir sendiri di pejabat itu.
“Saya sendiri menelefon JTK Subang Jaya pada 28 Jun lalu (Jumaat) di antara jam 3 petang hingga 5 petang tetapi tidak satu pun panggilan telefon saya dijawab.
“Saya menelefon semula JTK Subang Jaya pada 1 Julai dan dimaklumkan oleh Khairuddin bahawa panggilan saya tidak dijawab pada 28 Jun kerana semua warga kerja terlibat dengan urusan dengan menteri,” kata Faudzil dalam surat tersebut.
Faudzil berkata, beliau terkejut kerana JTK WP Kuala Lumpur memerlukan dua  minggu untuk  mengposkan dokumen anaknya ke Bangi dan seterusnya JTK Bangi akan ambil masa sebulan untuk menghantar surat kepada anaknya itu.
Berikutan itu beliau meminta berjumpa dengan pengarah, Wan Ainon dan pengarah itu memberitahu  beliau akan memberi arahan kepada  Azizi melengkapkan “kenyataan” tuntutan pada hari Isnin (1 Julai)  dan menghantar ke JTK Bangi.
“Saya bertanya kepada Puan Wan Ainon memandangkan saya dan pengadu berada di JTK Bangi, bolehkah saya memfailkan semula tuntutan di JTK Bangi dan Wan Ainon berkata boleh.
“Saya kemudiannya menyuruh pengadu membuat tuntutan di JTK Bangi tetapi Puan Najehan berkata tuntutan tidak boleh dibuat kecuali pengadu membawa bersama surat pembatalan tuntutan dari JTK WP Kuala Lumpur.
“Pengadu memaklumkan bahawa Puan Wan Ainon berkata boleh tetapi Puan Najehan berkata tidak boleh,” tambah beliau.
`Tidak ada rasa tanggungjawab terhadap pengguna’
Sedangkan pengadu yang satu lagi telah pergi ke JTK Bangi dan tarikh sebutan kes telah ditetapkan malah pada hari ini majikan pengadu telah mendapat surat dari JTK Bangi, dakwanya.
Oleh kerana itu beliau  mendakwa pekerja Jabatan Tenaga Kerja (JTK)  Kuala Lumpur dan Subang Jaya tidak memiliki “tidak ada rasa tanggungjawab terhadap pengguna.”
Mungkin mereka tidak diberikan latihan yang betul dan dorongan yang berterusan untuk memahami bahawa semua pengadu  JTK merupakan pelanggan, kata Faudzil.
“Saya juga merasa kecewa kerana rakyat tidak didahulukan, dan pencapaian tidak dipedulikan oleh warga kerja JTK.
“Saya juga merasa sangsi adakah pengalaman saya menjadi penanda aras kepada transformasi yang dilaung-laungkan oleh pucuk pimpinan,” katanya.
Faudzil yang dihubungi memberitahu, Timbalan Ketua Pengarah JTK, Asri telah menghubungi beliau bahawa jabatan akan memperbaiki mutu perkhidmatan jabatannya.
Katanya, Asri juga mempelawa beliau ke pejabatnya di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan.
JKT Bangi juga telah menelefon Yasmin untuk menetapkan tarikh kes tersebut di Mahkamah Buruh Bangi, tambah Faudzil.
Beliau juga menambah, majikan Yasmin belum membayar gaji untuk bulan Jun, kerja lebih masa dan komisyen bulan Jun kepada anaknya dan rakannya.
Sebaliknya dakwa Faudzil lagi, majikan telah menelefon dengan ugutan hendak mempersalahkan dua pekerja itu atas alasan kehilangan stok kerana membuat laporan kepada JTK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.