`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 13, 2013

BAZAR RAMADAN DAPAT SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
BULAN Ramadhan Al-Mubarak bukan saja untuk Umat Islam mengerjakan ibadah puasa sebulan untuk menghindari segala perbuatan mungkar bahkan bulan Ramadhan juga merupakan bulan rezeki kepada para peniaga khususnya buat para penjaja sepanjang 30 hari.


bazaar Ramadan dapat sambutan yang amat menggalakan saban hari

Wujudnya Bazar Ramadhan pada saban tahun yang diusahakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selama sebulan ia menjurus kepada memberi ruang dan peluang kepada para masyarakat yang menceburi dalam dunia perniagaan terutama sekali mereka yang menjual pelbagai jenis juadah makanan bukan saja kepada orang yang berpuasa bahkan kepada para pelancong luar sempat menikmati makanan masakan Malaysia.
Salah seorang peniaga yang menjual makanan ala Jawa seperti Gado-Gado, Bakso dan Pecel yang sempat diwawancara yang dikenali Ahmad Mustafa menyatakan tindakan dan usaha murni yang dikendalikan oleh pihak kerajaan khususnya MPS mewujudkan Bazar Ramadhan tersebut pada setiap tahun. Tambahnya lagi, ia merupakan langkah yang baik dan harus disokong oleh segenap masyarakat setempat di daerah ini.
“Kerana kewujudan Bazar tersebut ia dapat membantu kepada masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah untuk mencari rezeki selama sebulan untuk membantu keluarga bagi membeli barang-barang keperluan khusus untuk menyambut hari lebaran nanti.” Ujarnya.
Katanya sewa yang telah dikenakan oleh pihak MPS setiap satu lot gerai harganya tidaklah beberapa mahal. Kadar yang dikenakan mengikut tapak antara RM2,000, RM1,200 dan RM200.00 untuk 30 hari dan pendapatan sehari diperolehi dikatakan agak lumayan.
“Kami sebagai penjaja telah dikenakan beberapa syarat yang agak ketat oleh pihak yang berkenaan terutama sekali untuk memulakan membuka gerai tepat jam 1.00 tengahari sehingga jam 6.30 petang kebersihan di sekitar lot-lot gerai haruslah sentiasa bersih selepas saja jualan selesai semua penjaja terbabit diminta membersihkan lot-lot masing sebelum meninggalkan tempat tersebut,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, sambutan daripada masyarakat memang amat menggalakkan kebanyakkannya yang menjadi pelanggan tetap untuk membeli juadah untuk berbuka puasa ialah para kakitangan kerajaan dan juga pekerja pejabat yang mungkin tidak sempat menyediakan juadah dirumah.
Sementara Pegawai Unit Penguatkuasa MPS yang yang enggan disebut namanya yang sempat ditemui antara lain menjelaskan sebanyak 223 lot gerai yang diuntukkan di sekitar Bazar Ramadhan. Kesemua lot ini terbahagi kepada dua kategori yang kedudukannya di bahagian barisan hadapan dan dikenakan cabutan tender sementara lot-lot gerai lainnya dibahagian belakang disewakan seperti biasa di tahun–tahun lepas.
“Kami harap semua penjaja di bazar Ramadhan ini agar sentiasa mematuhi arahan-arahan dan syarat-syarat tertentu yang telah dikeluarkan oleh pihak MPS. Begitu juga orang-orang yang berkunjung ke bazaar ini dinasihatkan supaya jangan membuang sampah dimerata–rata tempat, tetapi buanglah di dalam tong-tong sampah yang telah disediakan itu." tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.