Tak pasal2 dibatalkan kelayakkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Tak pakai bikini pun tak boleh. Katanya menghormati kehendak mufti.
KAH KAH KAH
Mao meraung wanita2 cantik itu kerana dek kontroversi di media sosial menyebabkan mereka terkeluar dari pertandingan tersebut. Pada hakikatnya kalau tiada sesiapa pun yang bising2 isu neh jangan harap depa akan terkeluar dari pertandingan tersebut.
Tapi disebabkan ia jadi bahan troll dan bahan kutukan dan membabitkan BN secara tidak langsung maka mereka terpaksa la akur dengan apa yang mereka sendiri pernah putuskan suatu ketika dulu. Alhamdullilah, Jamil Khir boleh terus berpuasa dengan tekun tanpa tersedak2 lagi dah macam 2 hari lepas.
KAH KAH KAH
Penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.
Penganjur, Datuk Anna Lim memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan itu kerana akur dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menyatakan haram bagi wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.Empat gadis tersebut ialah Kathrina Ridzuan, 23; Miera Sheikh, 19; Wafa Johanna de Korte, 19, dan Sara Amelia Muhamad Bernard, 20. - UTUSAN ONLINE
- amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.