`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 16, 2013

POLITIK DENDAM KESUMAT!!!!...SETELAH DINAFIKAN TAPAK BAZAR RAMADAN...BERNIAGA DITANAH SENDIRI PUN DIHARAMKAN!!!!!

Heboh dilaman sosial FB bagaimana kerajaan UMNO/BN Terengganu melalui Majlis Perbandaran Kemaman telah bersikap zalim keatas para peniaga yang menyokong PAS.

Mula-mula permohonan mereka untuk mendapatkan tapak berniaga di Bazar Ramadan dinafikan.

Mereka yang gagal ini bersepakat membuka Bazar Ramadan di tanah peresendirian di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman, tapak kawasan yang sering digunakan untuk membuat ceramah anjuran PAS/PR.

Semalam selepas beberapa hari berniaga dengan mendapat sambutan cukup menggalakan dari penduduk tempatan, pegawai-pegawai penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Kemaman telah membuat serbuan.

Kesemua para peniaga dikeluarkan saman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman(MPK).

Kalau bukan sifat politik sombong angkuh dan dendam kesumat nak di sifatkan sebagai apa lagi?

Teringat akan kata-kata keramat Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Hj Abdul Wahid Endut dulu-dulu, betapa UMNO Terengganu lebih jahat dari Yahudi...Ternyata ada kebenarannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.